Food Tourism,

Tempat Makan Murah Dan Best Di Kota Bharu Kelantan

Ahad, Disember 07, 2014 Mahamahu 0 Comments

Tempat Makan Murah Dan Sedap Di Kota Bharu Kelantan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila anda berada di Kota Bharu mesti nak mencari tempat makan yang sedap dan best. Jadi Mahamahu ada banyak pilihan tempat makan untuk anda yang bercuti di sana. Jom kita tengok tempat makana yang murah dan sedap di Kota Bharu untuk panduan anda.


1) Suriani Nasi Kukus


Ia adalah restoran nasi kukus yang cukup menjadi tumpuan orang ramai di tengah2 Kota Bharu. Restoran ni terletak betul2 tepi Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kalau anda datang time tengah hari memang tak ada tempat duduk kalau nak bungkus pun ok juga. Di Suriani Nasi Kukus banyak pilihan lauk sebab itu ia menarik dan best untuk anda cuba.

2) Makanan Laut Celop Terpung PCB


Ini best kerana ia terletak di tepi persisir Pantai Cahaya Bulan yang memang cukup popular di kalangan org Kelantan. Bila anda datang pada waktu malam untuk makan kat sini sangat2 romantik dan tenang. Anda boleh tengok laut dan makan celop2 yang ada pelbagai jenis. Celop2 ini adalah makanan laut yang di celop tepung dan di goreng garing. Selain itu juga popular kat sini adalah Maggi Kari Ketam yang mana ketamnya memang cukup besar dan banyak.

3) Restoran Rasa Kasih Kari Gearbox


Cukup popular dan memang jadi sebutan orang luar tentang kesedapan makanan kat sini. Paling unik kat sini bukan sup gearbox tau tapi konsep masak Kari Gearbox. Kalau korang pernah tengok gear box yang besar tu di masak dengan kari. Di makan pula bersama dengan Roti Canai atau roti kosong. Di buka pada waktu malam dan menjadi tumpuan ramai orang kalau kena masa memang penuh. Harga juga berpatutan dan berbaloi makan kat sana. Nak cuba kena datang awal kerana selalu penuh dan ramai orang.