Bandar Sunway,

Tempat Makan Best Mesti Cuba Di Sekitar Bandar Sunway

Ahad, Disember 28, 2014 Mahamahu 0 Comments

Tempat Makan Best Mesti Cuba Di Sekitar Bandar Sunway - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun 2014 ni banyak juga lokasi Mahamahu dapat pergi review sekitar Selangor. Salah satu lokasi yg banyak juga tempat makan menarik adalah di Bandar Sunway. Kalau anda prasan sekitar Sunway Piramid, belah depan tepi kiri dan kanan mcm2 restoran makan yg menarik untuk anda pilih. 


Kat sini Mahamahu cadangkan beberapa lokasi tempat makan yg menarik sekitar Bandar Sunway. Jadi bila ada area sana nanti korang boleh cuba ok jgn tak cuba rugi. Apa pun Mahamahu senaraikan beberapa restoran menarik yg sempat Mahamahu review di sekitar Bandar Sunway ok.



MARHABA RESTAURANT 

Satu restoran makan Arab dari negara Yaman. Makanan kat sini memang cukup menarik dan terbaik kerana bukan sahaja rasa tapi juga presentationnya. Kalau korang tgk makanan kat sini memang banyak boleh makan untuk satu keluarga hehehe. Kalau dtg mesti kena cuba makan2 original Yaman baru puasa hati. Harga juga boleh tahan dan lokasi susun atur dalam menarik dan kemas Mahamahu suka bila masuk sini. Nak detail boleh baca kat link di bawah ok.

Rank harga : 3/5
Rank makanan : 4/5
Rank restoran : 5/5



CRISPY CRUST

Ini adalah satu restoran yg baru juga di area Bandar Sunway ini. Kalau student arean Sunway Kolej dan juga Monash Kolej dah biasa dengan restoran ini. Ini kerana makanan yg ada kat sini cukup lain dari lain sebab ia di hasilkan sendiri oleh pemilik restoran ini. Dari segi bahan mentah sehingga kepada adunan dan memasak semua di jaga rapi. Kalau anda nak makan daging ayam paling rangup dan special di sini lah tempatnya. Nak tahu kat mana dan berapa, boleh baca kat link di bawah ok.

Rank harga : 3/5
Rank makanan : 4/5
Rank restoran : 4/5



SAZORI SHABU ZONE AND GRILL

Kalau anda nak cuba makanan steamboat kat sini adalah tempatnya di area Bandar Sunway ni. Steamboat kat sini unik sgt dan memang special kerana ia di atas konvayer yg bergerak membawa makanan steamboat. Pilihan makanan banyak dan juga pelbaagi, cuma lokasi agak tersorok sikit kat belakang deretan kedai2. Apa pun kalau nak tahu kat mana and hidangan makanan mcm mana boleh baca kat link di bawah ok.

Rank harga : 4/5
Rank makanan : 3/5
Rank restoran : 5/5



PACIFIC COFFEE

Ni adalah cawangan baru cafe ini di dalam Sunway Piramid. Bagi yg minat minum kopi yg original di sini adalah tempatnya. Bagi yg shopping dalam shopping complex boleh berehat dan minum kopi ini. Nak tahu kat lavel mana boleh tgk kat link ini ok.

Rank harga : 4/5
Rank makanan : 4/5
Rank restoran : 4/5


 




0 Pandangan: