deli2go,

'Shell Win Free Fuel' Boleh Menang Stock Minyak Percuma Selama Setahun

Isnin, Disember 29, 2014 Mahamahu 0 Comments

"Shell Win Free Fuel" Boleh Menang Stock Minyak Percuma Selama Setahun - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kita pun sedang sibuk dengan sistem pengapungan harga minyak mengikut harga pasaran. Tiada lagi subsidi daripada kerajaan terhadap harga miyak. Tapi tu harga minyak tapi kali ni Shell nak bagi minyak percuma kepada penggunanya selama setahun. Jadi kat situ dah memang jimat gila2 lah.


Pada 23 Disember 2014 peraduan "Shell Win Free Fuel" telah di lancarkan secara rasmi oleh Yang Berhormat Dato' Sri Hasan Malek, Menteri Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan bersama Tuan Haji Azman Ismail Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd. Acara yg belangsung penuh meriah di Stesen Shell Batu 3 Shah Alam dan di acarakan oleh pelakon dan pengacara terkenal Nazrudin Rahman atau Abang Naz.

Yang Berhormat Dato' Sri Hasan Malek, Menteri Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan

Tuan Haji Azman Ismail Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Pengacara Nazrudin Rahman

Untungkan jadi rakyat Malaysia sentiasa ada peraduan untuk memberi peluang menang hadiah hebat. 10,000 pelanggan Shell akan berpeluang memenangi sebahagian daripada lebih RM2 juta daripada bahan api percuma. Mahamahu rasa ini adalah peluang terbaik kita untuk rebut nak menang hadiah istimewa ini. Mahamahu pun pengguna minyak Shell kerana yakin kepada kualitinya.



Bagi anda yg nak menyertai ia adalah sgt mudah, anda hanya perlu mengisi minyak  dengan nilai RM30 mana-mana petrol dan diesel di stesen Shell, termasuk Shell FuelSave dan Shell V-Power. Lepas tu, korang perlu isi borang pertandingan, menjawab soalan yang mudah dan lampirkan resit asal. Senangkan cara mcm sebelum ini jadi bila isi minyak perlu minta resit ok.


Hadiah pula buka seorang jer tapi tiga pemenang Hadiah Utama akan disediakan setiap bulan iaitu bahan api percuma selama setahun bernilai RM10,000. Manakal seramai 835 pelanggan akan memenangi RM200 dalam bahan api setiap minggu. Wow memang banyak peluang dan banyak hadiah menarik untuk anda.


Pada hari pelancaran tu juga, Shell juga mempamerkan kepada semua pengguna satu lagi keistimewaan baru di 16 stesen Shell seluruh Malaysia. Di namakan Shell deli2go iaitu kedai mudah alih, ia adalah cara innocative Shell untuk membawa persembahan deli2go kepada pelanggan. Shell deli2go adalah satu2nya kedai mudah alih dalam stesen Shell untuk anda berehat sebentar.



Dibina daripada bekas perkapalan yang kitar semula, ia membolehkan Shell untuk memenuhi keperluan pemandu kenderaan yang singgah sementara untuk mendapatkan makanan dan minuman, dari pastri yang enak dan juga minuman panas seperti kopi dan juga teh. Makanan kat sini semua di sediakan cepat untuk bungkus atau anda boleh makan di situ untuk waktu yg cepat dan pantas. 



Jadi lepas ini ia adalah berguna pada pelanggan yg berhenti mengisi minyak dan mendapatkan bekalan makanan sarapan pagi atau minum petang yg cepat dan lazat. Mahamahu dan rasa semua makanan kat sini mcm2 ada korang boleh pilih nak mana satu. Jadi tunggu apa lagi 16 lokasi stesen Shell untuk masa ini jadi singgah kalau nampak ok.


Tapi peringatan tentang peraduan Shell Win Free Fuel ini hanya berlangsung dari 23 Disember 2014 hingga 15 Mac 2014 iaitu selama 12 minggu. Kalau korang nak tahu info, gallery dan juga senarai pemenang boleh layari www.shell.com.my/winfreefuel sekarang juga. Selamat mencuba dan jgn putus ada ok ada rezeki tidak kemana.