#OHHSome Fest,

#OHHSome Fest Dunia Social Di Alam Nyata Bersama Hotlink

Jumaat, Disember 19, 2014 Mahamahu 0 Comments

#OHHSome Fest Dunia Social Di Alam Nyata Bersama Hotlink - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat julung kalinya Hotlink dengan kerjasama badan media social di Malaysia telah mengajurkan #OHHSome Fest 2014 #OHHSome Fest adalah singkatan kepada Ohh Social Media Festival yg menggabungkan pengguna dan juga penggiat seni melalui media social di Malaysia. Actually sebenarnya event ini telah pun berlangsung dengan jayanya pada 13 & 14 Disember 2014 di Avenue K Mall.


Mahamahu berkesempatan bersama rakan2 blogger lain telah pun hadir memeriahkan lagi #OHHSome Fest ini.  Bagi Mahamahu rugi buat anak muda dan remaja2 yg tak datag sepanjang 2 hari tersebut kerana di sini mcm2 aktiviti di ada oleh pihak penganjur. Korang akan rasa fun dan happening sgt kat sana bukan setakat boleh berhibur tapi boleh menang banyak hadiah istimewa.



OHHSome Fest ini terbahagi kepada 4 bahagian utama sepenjang 2 hari belangsungnya aktiviti di Avenue K Mall. Yang utama adalah #OHHSome Bazaar iaitu satu bazaar besar yg menggabung jenama dan brand tempatan hasil seni anak muda di bawah satu bumbung. Mahamahu rasa semua barang atau perkhidmatan yg di pamerkan atau di jual di sini sangat2 unik dan memenuhi kehendak anak muda yg suka kepada cabaran dan kebebasan berkarya.




Mahamahu sendiri terpegun meilihat hasil seni yg unik dan teliti, ada pulak sesetengahnya telah terkenal di luar negara dan kini mereka kembali ke Malaysia untuk berbakti. Tahniah Mahamahu ucapkan kepada semua barisan karyawan dan seniman muda yg telah Berjaya menghasilkan sesuatu yg bermutu dalam #OHHSome Bazaar ini. Korang nak cari t-shirt ada, aksessori dan perhiasan badan ada, teknologi pun ada kat baazar ini memang menarik.


Kemudian pula di bahagian kedua adalah #OHHSome Talks yg sebenarnya bukan ceramah atau bual bicara biasa. Tetapi dalam acara ini pengisian paling berguna buat penggiat media social untuk menggunakan semua saluran media dengan cara terbaik, terpantas dan terkini untuk mempromosikan diri serta apa sahaja yg anda lakukan. 


Kalau di tgokkan kepada jadual acara talk ini memang cukup padat dan sangat berguna. Korang boleh gunakan peluang ini untuk menjadikan karya anda satu viral dalam dunia maya, bagaimana media social dapat mengubah hidup anda, bagaimana untuk menarik ramai org menyertai contest online anda dan mcm2 lagi ilmu di turunkan kepad asemua generasi muda. Memang menarik dan memang sungguh berguna. 


Bahagian seterusnya pula iaitu bahagian ke 3 adalah #OHHSome Stage ini adalah bahagian paling di nanti-nantikan oleh anak muda. Biasalah jiwa muda kena dengan hiburan dan persembahan seperti ini. Di tambah pula dengan kehadiran barisan artis youtube yg hebat2 seperti Elizabeth Tan, David Choi, Joseph Germani, Narmi dan ramai lagi. Tapi lagi best di tampil arti hiphop paling popular di Malysia sapa lagi kalau bukan Altimate.




Sepanjang 2 hari ini dari pukul 3.30ptg sehingga 10.00mlm semua yg dtg di hiburkan dengan barisan artis2 hebat ini. Mahamahu pun sempat joget dengar persembahan mereka memang meriah dan mengasyikkan. Memang menggegarkan malam persembahan sepanjang dua hari belangsungnya festival ini. 


Bahagian terakhir yg penting dan paling menarik dengan hadiah2 hebat mestilah dari pihak penganjur iaitu Hotlink. Dalam Hotlink Zone ini anda berpeluang untuk bukan sahaja bermain pelbagai permainan tapi juga boleh menang hadiah hebat iaitu iPhone 6 terbaru wow. Tapi sayang Mahamahu tak dapat hadiah tu kerana memang mencabar sangat naki menang. Kat Hotlink Zone ini ada game seperti Bungee Jumping, sesi bergambar, dan juga mencari kunci untuk membuka hadiah iPhone 6 tadi. 



Meriahlah sebenarnya #OHHSome Fest ni rugi sangat korang semua tak dtg sebab ia adalah aktivit untuk org semua golongan usia. Tak apa kalau ada tahun depan kita akan meriahkan lagi #OHHSome Fest ini. Mahamahu pun habiskan satu hari kat sana menyaksikan dan merasai dunia sebenar media social ini. Selamat berhibur semua….

Laman media social #OHHSome Fest
Laman sesawang: http://ohhsome.my