AirAsia,

Makan Malam Bersama Biro Pelancongan Guilin

Selasa, Disember 16, 2014 Mahamahu 0 Comments

Makan Malam Bersama Biro Pelancongan Guilin - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sambungan episod seterusnya perjalanan Mahamahu berasma rakan media lain ker Guilin China yg di bawakan khas oleh AirAsia. Satu2nya penerbangan dari Kuala Lumput terus ke Bandar Guilin. Anda boleh tgk promosi dan juga tawaran2 yg di sediakn oleh AirAsia utuk penerbangan ini kadang2 ada potongan harga cukup berbaloi untuk terbang sejauh 4 jam ini.


Ok lah kali ni Mahamahu nak cite tentang makan malam kami bersama dengan Biro Pelancongan Guilin. Acara makan malam tu di adakan di Guilin Bravo Hotel. Hotel ini mengadap Tasik Ronghu yg Mahamahu dah cite sebelum ini kalau anda nak tahu kecantikan tasik ini boleh baca entry lepas di sini [klik sini]. 


Makan malam ini memang cukup simple dan juga cukup menarik dengan hidangan2 fusion yg di sediakan walupun masih mengekalkan citarasa China. Pada malam tu juga kami berkenalan dengan barisan pegawai Biro Pelancongan Guilin termasuklah Timbalan Ketua Pengarahnya Mr Cao Jian. Kami berkumunikasi dengan menggunakan pengalih bahasa maklumlah kat sini memang mereka mengutakan bahasa kebangsaan mereka hehehe.


Makan malam kami kat situ seperti mana hidangan makan mlm org China di mulakan dengan roti dan juga planta. Roti ni lembut dan memang sedap makan begitu sahaja Mahamahu makan sampai beketul2 belum makan berat lagi ni huhuhuh. Kami juga di hidangkan dengan sup sayur yg sedap dan memang rasa menarik. Sesuai makan dengan roti tadi memang best huhuhu. Selepas tu mcm biasa mesti ada salad segar di hidangan untuk kami.




Makanan utama mlm tu pula adalah seperti Ayam Crispy bersama dengan kentang lenyek memang sepadan. Makan pula bersama dengan sos limau yg menarik rasa ayam dan juga limau tersebut menarik. Kemudian sayur batang kailan goreng bersama udang yg di sediakan dalam kobis ungu tu unik kan rasa pun ok.


 
Kemudian makan ayam lagi iaitu ayam goreng bersama dengan sos lada hitam yg pekat mengikat. Di hidang bersama dengan brokoli dan juga bunga kobis. Semua tu membuat perut kami kenyang sangat2. Bagi menutup hidangan malam tu kami makan cheese kek dan juga sedikit buah-buahan menyegarkan kembali.


Sambil makan mlam tu kami bersama dengan pegawai2 telah berbincang beberapa pekara menarik tentang kedua2 negara. Selain tu juga Biro Pelancongan Guilin juga telah memberi beberapa cadangan di masa akan dtg untuk kemudahan pelancong muslim dari Malaysia. Antaranya akan ada hotel muslim bersama dengan masjid baru di kota Guilin. Mereka juga akan cuba memansuhkan visa pelancongan untuk rakyat Malaysia memasuki Guilin, menarik tu. 


Apa pun habis mkan mlam kami pada malam itu terus bergerak pulang ke hotel dan almaklumlah malam masih muda kat sana kerana pukul 6 sana dah gelap. Jadi kami pun bercadang untuk bejalan membeli belah sedikit barang di lorong pasar malam atau di panggil Zhengyang Street. Kat sini memang panjang lorongnya ada bercabang untuk anda membeli bermacam2 barang ada semua murah2. 




Kalau nak beli baju, kasut atau berbagai eksesori badan memang banyak tapi kena hati2 juga kadang2 ada barang yg tidak sesuai untuk kita. Tapi yg penting kat Guilin ini kalau nak beli barang kena banyak berabar untuk tawar menawar. Mereka tidak berapa faham bahasa kita dan kita tak faham bahasa mereka jadi kena guna bahasa isyarat. Tapi mereka tetap ada ramahnya dan senyuman kalau tgk pelancong. 



Mahamahu sempat beli beberapa barang di sana seperti beg bagasi besar dan murah sangt. Cantik pulak tu harga berpatutan. Selain tu juga Mahamahu beli baju sejuk yg memang murah kat sini sebab musim sejuk telah kembali. Jadi harga baju sejuk agak murah jadi beli banyak juga untuk adik beradik kawn2 kat KL. Si Yaya pula tak habis2 beli kasut kat situ memang murah dan mcm2 jenis dan fesyen menarik. Apa pun Mahamahu akan sambung lagi penceritaan di Guilin ini nantikan next post dari Mahamahu ok. Selamat bercuti.






0 Pandangan: