Limas Tiga Penginapan Desa Bertaraf Antarabangsa Di Melaka

Limas Tiga Penginapan Desa Bertaraf Antarabangsa Di Melaka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bulan 10 yg lepas Mahamahu telah bercuti ke negeri Melaka bersama rakan2 office mate. Memang satu percutian yg cukup hebat dan menarik walaupun hanya 2 hari 1 malam. Maklumlah Melaka di iktiraf sebagai warisan dunia UNESCO kerana bangunan tinggal sejarah yg masih terpelihara dan terjaga.


Jadi kalau anda dtg Melaka mesti nak cari tempat tinggal yg bukan sahaja selesa tapi segala kemudahan lengkap yg ada. Mahamahu nak rekmenkan anda satu tempat untuk penginapan berupa desa tapi bertaraf antarabangsa. Limas Tiga adalah tempatnya yang terletak di Umbai Melaka hanya 15 minit perjalanan ker Bandar Hilir. 


Limas Tiga ini adalah penginapan berupa desa kerana ia terletak di kawasan kampung bukan tepi pantai atau dalam hutan. Tapi reka bentuk dan juga dekorasi dalaman cukup memuaskan dan cukup membuat kita rasa selesa bila melangkah. Limas Tiga mempunyai 3 rumah yg mana dalam setiap rumah ada 2 bilik dan setiap bila boleh memuatkan 4 org dengan katil bersaiz queen.



Kalau anda dtg untuk bercuti dan berehat di Melaka untuk satu keluarga yg besar ia sangat2 sesuai kerana mampu memuatkan sehingga 24 org dalam satu2 masa. Korang tgk sendiri rupa dan reka bentul rumah2 ini memang cukup menarik dan unik. Mahamahu tgk memang memang rasa teruja untuk tido kerana rasa tenang jer kat sini walupun tempat tidaklah begitu bersar.


Selain 3 buah rumah juga di sini terdapat beberapa element penting yg boleh anda gunakan untuk mengadakan aktiviti indoor semasa bercuti di sini. Bahagian paling besar dan boleh anggap dewan adalah di panggil Pavillion. Ia boleh jadi dewan makan atau dewan aktiviti yg luas boleh memuatkan semua keluarga. 


Element ke 2 penting di sini adalah kolam renang, terdapa 2 bahagian kolam iaitu kolam untuk org dewasa dan juga kolam untuk kanak2. Memang best untuk buat aktiviti air seperti bola air dan mcm2 lagi selain sambil mandi dan santi. Kolam ini pulak terletak di tengah2 memang best dan sesuai sgt untuk terjun mandi.


Element ke 3 pula adalah bilik karaoke, wahh tu yg menarik kat sini ada ruang karaoke yg luas dengan saound system yg menarik dan hebat. Mcm berada di pusat karaoke mewah ada microfon dan juga tempat duduk sofa yg selesa. Boleh lah buat aktiviti malam kat sini berkaroke dengan keluarga.


Kat sini anda boleh masak sendiri kerana terdapa dapur dan keperluan dapur yg lengkap. Semua peralatan memasak di sediakan oleh pemilik untuk kemudahan penginap yg mahu memasak sendiri. Kalau anda nak BBQ juga di sini di sediakan kemudahan peralatan untuk BBQ yg lengkap dan selesa. Jadi kalau bercuti kat sini mcm berada di sebuah perumahan yg lengkap dan mewah. 



Anda yg nak buat tempahan untuk ke sini boleh terus berhubung dengan pengurusan Limas Tiga. Harga berpatutan dan juga tidak jauh dengan Bandar Melaka. Kalau anda mahu ke Pulau Besar pun jetinya dekat dengan kawasan ini. Perjalanan 20 minit menaiki boat untuk ke Pulau Besar. Jadi bagi Mahamahu ia adalah lokasi penginapan paling sesuai untuk anda merasai percutian mewah dengan suasana desa.

LIMAS TIGA
2046 Jalan Bukit Tembakau,
77300 Umbai, Melaka
Tel : (06) 283 2082 (office hour)
Siti : 012 623 7687 (Reservation)
Fax: (06) 283 2082






0 comment... add one now