Islam,

Hadiahkan Ibu Bapa Anda Dengan Pelayaran Islamik Pertama di Dunia

Rabu, Disember 31, 2014 Mahamahu 0 Comments

Hadiahkan Ibu Bapa Anda Dengan Pelayaran Islamik Pertama di Dunia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun baru 2015 ini pasti anda ada perancangan paling istimewa untuk insan paling anda sayangi. Nak buat kejutan kepada kedua ibu bapa anda agar mereka gembira dan terus rasa di hargai. Mungkin hadiah tidak seberapa ini tidak mampu membalas jasa baik mereka tapi sekurang2nya anda dapat bagi yg terbaik buat kedua ibu bapa anda.


Hadiahkanlah mereka pakej Pelayaran Islamik Pertama di Dunia yg di anjurkan oleh INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD atau (ITCT). Sebuah syarikat perunding majlis yang menyokong dan menyediakan perkhidmatan profesional kini mereka meneroka dalam penjelajahan melalui cruise. Pelayaran Islamik 3.0 mennggunakan moto Syukur, Tenang dan Damai akan membawa kepada satu pengalaman baru kepada insan yg anda sayangi. Rasa ia cukup berbaloi dan pasti memberi seribu makna bukan sahaja kepada anda tapi kepada ibu bapa anda juga.

Apa itu Pelayaran Islamik?

Ia adalah pelayaran yg penuh dengan pengisian keagamaan dan kemasyarakatan dengan menaiki Kapal Star Cruise Libra selama 4 hari. Pelayaran mewah dengan gaya hidup resort yang lebih santai, lengkap dengan fleksibiliti dan perkhidmatan memuakan. Membawa anda jauh daripada kesesakan dan tekanan hidup hari2 untuk lebih mengenali diri sendiri dan lebih mendekati Islam itu sendiri. Palayaran yg akan membawa anda ke 3 buah destinasi cantik iaitu bermula di Penang ke Phuket dan berakhir di Krabi Thailand


Maklumat lanjut tentang Pelayaran Islamik 3.0

Tarikh pelayaran : 1 Februari 2015 - 4 Februari 2015
Lokasi pelayaran : Penang - Phuket - Krabi
Jenis pelayaran : Kapal Star Cruise Libra


Menariknya Pelayaran Islamik 3.0

Seperti yg Mahamahu ceritakan sebelum ini ia adalah pelayaran yg membawa peserta dengan kapal cruise bertaraf antarabangsa dan mewah. Dah pula boleh pergi ker beberapa buah detinasi yg hebat dan menarik seperti Phuket dan Krabi. Peserta akan dapat persinggahan untuk semua destinasi ini dan akan membuat ziarah iaitu salah satu daripada aktiviti dalam pelayaran ini.


Yang paling penting sebenarnya pelayaran ini dapat mendekatkan kita dengan agama Islam dan juga dapat menghayati apa sebenarnya Islam dengan lebih meluas daripada pandangan kacamata mereka yg lebih arif. Ini kerana pelayaran kali ini akan membawa bersama bukan sahaja peserta malah beberapa org ustaz yg telah di jemput khas bagi mengisi program2 sepanjang pelayan ini. Antara ustaz2 yg terlibat untuk Pelayaran Islamik 3.0 ini dalah seperti di bawah.

  1. Ustaz Badli Shah (Penceramah Bebas)
  2. Sheikh Abdelaziz Ghonim (Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar Tanta)
  3. Dato Hassan Mahmud (Penceramah Bebas)
  4. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi)
  5. Imam muda Miril
Pengisian Pelayaran Islamik 3.0

Seperti yg di ketahui sebelum ini Pelayaran Islamik ini adalah untuk menambah ilmu agama dan mengetahui kedudukan kiblat dari cara Islam. Selain itu juga pada peserta akan dapat mempelajari Solat Jama' & Qasar daripada ustaz2 yg juga menyertai pelayaran ini. Mereka juga akan memberi ceramah & kuliah agama mengikut jadual yg telah di atur oleh pihak penganjur.



Peserta juga akan melakukan aktiviti Qiyamulai, Zikir & Selawat serta sesi soal jawab bersama ustaz2 yg telah di nyatakan sebelum ini. Paling menarik adalah program ziarah iaitu peserta akan di bawa turun dari cruise untuk melawat ke sekolah pondok di Phuket dan ke masjid di Krabi serta kawasan2 yg di lalui sepanjang pelayaran ini nanti. Turut di adakan makan malam kesyukuran bersama semua peserta dan juga ahli2 penal.

Minat untuk sertai Pelayaran Islamik 3.0

Mahamahu yakin mesti ramai yg anda ada niat atau ingin bersama menyertai pelayari ini anda sangat2 di alukan kerana ia bukanlah satu peluang yg selalu dtg kepada kita. Bagi yg mahu menyertainya anda boleh buat demikian dengan mendaftar secara online di laman yg di sediakan di bawah.


Layari laman sesawang untuk maklumat lanjut

Daftar penyertaan anda di sini

Pendafataran hanya di buat secara online dan penganjur tidak pernah melantik mana-mana individu, agen, syarikat pelancongan, dealer ataupun pemborong mewakili IntraTama dalam sebarang transaksi berkaitan Pelayaran Islamik™ ini. IntraTama tidak bertanggungjawab dengan sebarang transaksi dan tuntutan yang dibuat selain dari sesawang rasmi ini.


Jadi tunggu apa lagi selagi masih ada masa dan ruang untuk anda hargai dan tunjukkan kasih sayang kepada insan paling anda sayangi. Pelayaran ini bukan sahaja sesuai untuk anda hadiahkan kepada ibu bapa tapi boleh juga di jadikan hadiah lain yg berharga seperti:-
  • Hadiah cabutan bertuah 
  • Hadiah korporat 
  • Hadiah ulang tahun perkahwinan
  • Hadiah buat para mualaf/orang yang ingin berhijrah
dan mcm2 lagi....


Nabi Muhammad S.A.W juga mengalakkan umatnya supaya bersungguh dalam menuntut ilmu dengan tawaran kelebihan yang khusus. Seperti Riwayat Muslim "Sesiapa yang melalui satu jalan bagi mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga". Jgn kedekut untuk mengeluarkan wang kearah  ke agamaan dan juga kearah keilmuan kerana ia akan bertambah selagi ilmu itu ada. Yang lagi penting sebahagian daripada pembelian tiket pelayaran ini akan disalurkan kpd rumah anak2 yatim, Tahfiz & fakir miskin. Jadi dapat menuntut ilmu dambil beramal, semoga Allah memberkati niat murni kita itu Insha Allah.

Sekiranya anda ada sebarang kemuskilan atau masalah boleh terus berhubung di saluran di sediakan.

Alamat :
No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
Email : info@pelayaranislamik.com
Tel : +603-6185 0010
Fax : +603-61899010





0 Pandangan: