Empire Damansara,

Diskaun 15% Makan Tengahari di The Gravy Factory Tahun Baru Ini

Selasa, Disember 30, 2014 Mahamahu 0 Comments

Diskaun 15% Makan Tengahari di The Gravy Factory Tahun Baru Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dalam mencari hidangan tengahari yang sedap perlu juga anda titik beratkan hidangan yang murah dan berpatutan. Oleh Sebab tu, di The Gravy Factory memberi penekanan dalam semua aspek bukan sahaja rasa, malah juga pada harga yang sesuai mengikut kemampuan. 


The Gravy Factory adalah sebuah restoran yg menyediakan resepi kuah turun temurun oleh chef master Hainan semasa penjajahan British di Tanah Melayu lagi. Kalau korang dtg sini memang tidak akan lupa pada semua hidangan yg ada dan mesti cuba. Kat mana restoran The Gravy Factory ini? Kalau anda nak cari mudah sahaja ianya terletak di Empire Damansara


Kerjasama dengan Offpeak.my menawarkan promos harga sehingga 15% lebih murah buat peminat makanan barat yang telah di fusionkan. Ia memberikan kesesuaian selera rakyat Malaysia yang kepelbagaian citarasa makanan manis, masam dan pastinya pedas.

 
Di sini terdapat pelbagai menu yang hebat dan menarik untuk di cuba seperti mana yang telah saya nikmati di sini. Buat yang suka makanan sihat dan sayuran di sini terdapat banyak pilihan salad seperti Chicken Salad. 

Chicken Salad

Salad yang mengandungi Ayam panggang segar, salad Romaine garing, croutons rangup dan tomato ceri, dengan titisan Caesar dressing atau Thousand Island membuat salad ini segar dan membuka selera anda.

Hainanese Chicken Chop

Gabungan Timur dan Barat dalam ayam goreng tepung dan perisa masam oriental. Melengkapkan lagi hidangan itu di sediakan satu sisi kentang goreng dan sayur campur untuk variatikan lagi rasa dalam satu hidangan.

Fish Concalaise

Hidangan ini pula adalah makanan laut iaitu fillet ikan dibakar dan digarnis dengan titisan sos krim putih. Berkhidmat dengan kentang lecek dan cendawan berair yang memberikan rasa barat di sini. Makanan ini memang cukup berlemak dan rasa yang sesuai untuk makan tengahari anda.

Spaghetti Carbonara

Penggemar spaghetti ini adalah menu untuk anda yang  berkrim Carbonara, setiap suapan pasta penuh dengan kacang Perancis segar, cendawan butang dan daging lembu yang semakin menarik. Menu sedap dan mengenyangkan sesuai untuk yang mengawal pemakanan.

Nasi Lemak

Menu kebanggaan Malaysia semestinya Nasi Lemak yang terbaik di sediakan di sini. Di sediakan bersama dengan rendang ayam, sambal ikan bilis, telur goreng, timun dan ikan bilis goreng bersama keropok. Satu hidangan lengkap dengan rasa yang cukup segala-galanya tidak perlu cari di tempat lain sini adalah Nasi Lemak terbaik.

Baked Crab

Hidangan snack pula paling unik dan menarik adalah Baked Crab yang menjadi menu pilihan. Ia adalah masakan Daging ketam dipilih disumbat dan digabungkan sebelum di masak dalam ketuhar untuk membakar dengan baik. Di sediakan dengan salad sesuai di makan begitu sahaja memang menarik.

Steam Chocolate Cake

Bagi pencuci mulut pula di sini adalah menu yang paling popular dan menjadi pilihan ramai. Choklat kek kukus yang di sediakan bersama vanila aiskrim cukup menyegarkan dan memberi kepuasan dalam hidangan anda.

Mango Lemon, Passion Fruit dan Jack Fruit Pineapple

Selepas makan mesti nak segarkan tekak dengan minuman yang sejuk dan manis. Di sini terdapat pelbagai minuman tetapi 3 minuman yang menarik dan boleh and pilih di sini iaitu Mango Lemon, Passion Fruit dan Jack Fruit Pineapple.


Anda boleh nikmati semua hidangan ini dari pembuka selera, menu utama, pencuci mulut sehingga ke minuman dengan diskaun 15% daripada Offpeak.my. Ia adalah restoran pilihan minggu ini untuk anda tempah diskaun dari hari Isnin hingga Ahad bermula pukul 3 hingga 7 petang.  Anda hanya perlu buat tempahan secara online tanpa bayaran dan selepas dapat confirmation email, terus print dan redeem, jangan lupa bawa voucher semasa pergi ke restoran ini ok.
Maklumat lanjut tentang tawaran diskaun Offpeak boleh layari:-
Facebook: https://www.facebook.com/offpeak.my
Twitter: https://twitter.com/offpeak_my
Instagram: http://instagram.com/offpeak.m