Dapur,

Dapur Mahamahu Resepi Kuih Tradisional Lompat Tikam

Rabu, Disember 17, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Resepi Kuih Tradisional Lompat Tikam - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai di kalangan kita suka makan kuih2 tradisional ni kan. Maklumlah memang dari kecik di ajar makan kuih2 mcm ni. Tapi Mahamahu memang suka sgt kuih Lompat Tikam ni. Sebab tu hari minggu yg lepas teringin nak buat kuih Lompat Tikam. Jadi ker tak mai kita tgk sama2 yer.


Pertama mesti sediakan bahan2 utama untuk membuat Lompat Tikam. Kuih ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu lapisan bawah, lapisan atas dan juga gulanya. Jom kita tgk bahan2 yg Mahamahu gunakan untuk buat Lompat Tikam ni.


Lapisan bawah hijau:
2 cawan tepung beras
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam

Lapisan atas putih:
1 cawan  tepung beras
2 cawan santan
1/4 sudu kecil garam


Air gula Melaka:
1 batang gula melaka
Air secukupnya
3 helai daun pandan

Ok tu dia bahan2 untuk ke tiga2 element dalam menyediakan kuih Lompat Tikam ini. Cara nak buatnya mudah jer. Pertama sekali kita kena sediakan lapisan bawah dulu kerana kuih ini kita kena lapiskan dia. Campurkan semua bahan2 untuk lapisan bawah tadi gaulkan sekata kemudian masak di atas kuali dengan api yg sederhana. Masak dalam lebih kurang 10-15 minit sehingga adunan tadi pekat.



Lepas tu masuk dalam bekas yg agak tinggi kerana kita nak masukan lapisan kedua nanti ok. Biarkan adunan bawah tu mengeras tapi ia tak akan keras mcm air batu. Lepas tu buat lak bahagian kedua iaitu lapisan atas dimana masuk juga semua adunan tadi dan gaul sebati. Masak juga atas kuali dengan api pelahan dan gaul sehingga pekat adunan tadi. Lepas tu baru tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dalam bekas yg sama. 



Kemudian kita buat bahagian gula Melaka nya. Yang ni lagi mudah masukkan gula Melaka yg telah di potong kecil2 ke dalam periuk bersama air dan daun pandan. Masak sehingga semua gula cair sepenuhnya. Lepas tu sejukkan gula sebelum di hidangkan bersama adunan tepung tadi. Dah siap semua bahagian maka masa untuk menghidang. 


Cara nak hidang mudah jer potong adunan lapisan yg telah mengeras tadi mangikut kesukaan kita lah. Masuk dalam mangkuk dan kemudian tuangkan gula Melaka tadi mengikut kemahuan kita kalau kuat manis masukan banyak kalau tak nak potong kaki masuk sikit hehehe.. Apa pun Mahamahu berjaya buat kuih Lompat Tikam ni korang tak nak cuba ker. Banyak lagi resepi korang boleh buat kat sini ada resepi buat Coklat yg sedap dan terbaik. Makanan kuih tradisional ni boleh makan sarapan pagi dan juga minum petang memang layan. Selamat mencuba....


Dapatkan resepi ini di sini juga LetsMasak.com









0 Pandangan: