2014,

4 Restoran Steamboat dan Grill Paling Sedap 2014

Sabtu, Disember 27, 2014 Mahamahu 0 Comments

4 Restoran Steamboat dan Grill Paling Sedap 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah tahun 2015 bakal menjelma tidak lama lagi dan di harapkan azam tahun 2014 telah tercapai. Mahamahu rasa tahun 2014 ni banyak meninggalkan kenangan manis yg Mahamahu dapat ceritakan dalam banyak2 review tempat makan. Antaranya lokasi restoran steamboat dan grill pilihan Mahamahu sepanjang 2014.


Banyak restoran steamboat yg Mahamahu buat review sempanjang tahun 2014 ni. Tapi ada beberapa yg memenuhi kreteria pilihan Mahamahu. Terutama dari segi rasa makanan, pilihan makanan yang banyak, keselesaan tempat makan dan juga harga. Kebanyakan yg Mahamahu pergi semua sedap2 dan memang memuaskan. Jom kita lihat 5 restoran steamboat dan grill yg telah Mahamahu buat review sepanjang 2014 ini.


Sazori Shabu Zone And Grill 

Restoran ini berkonsepkan makanan steamboat dan grill dari negara Jepun. Kelainan steamboat di sini adalah makanan2 yg di sediakan semua di atas konveyer yang bergerak kepada pelanggan untuk memilih. Jadi tidak perlu pelanggan begerak mencari makanan dan ia menjimatkan ruang dan juga pembaziran. Makanan yg banyak dan juga suasana yg bersih menjadi keutaman di restoran ini. Kalau korang nak baca detail boleh layarai review yg Mahamahu dah buat sebelum ini ok.

Lokasi : Bandar Sunway
Waktu operasi : Isnin - Ahad, 12.00tghari - 10.00mlm
Rank makanan: 4/5
Rank harga : 3/5
Rank restoran : 5/5



Pak John Steamboat and Yong Tau Foo

Restoran ini juga mempunyai banyak pilihan makanan yg di sediakan daripada makanan steamboat sehinggalah kepada buffet. Selain tu juga dessert yg di masakn pekerja2 di sini juga boleh di pilih daripada pelbagai rasa. Kalau korang dtg sini mesti kena cuba waffel aiskrim yg special kerana waffel panas di masak segera dan juga aiskrim buatan sendiri. Bagi Mahamahu cawangan e-Curve adalah lebih menarik daripada cawangan di Wangsa Walk korang boleh pilih mana nak pergi. So baca detail kat bawah ini ok.

Lokasi : e-Curve Mutiara Damansara
Waktu operasi : Isnin - Ahad, 10.00pagi - 11.00malam
Rank makanan : 5/5
Rank harga : 4/5
Rank restoran : 3/5



D'Kayangan Buffet Steamboat and Grill

Restoran di area Shah Alam ini adalah restoran yg agak simple tapi padat dengan susun atur dan juga kedudukan makanan. Tapi pilihan makanan juga begitu banyak kerena kalai di ikutkan makanan grill dan steamboat lebih banyak. Bagi yg suka citarasa tempatan di sini adalah tempatnya kerana masih mengekalkan beberapa menu tradisional yg enak. Cuma kat sini kena booking awal kerana ramai juga pelanggan yg selalu dtg makan di sini. Detail boleh baca dalam review Mahamahu di link bawah ni ok.

Lokasi : Seksyen 13 Shah Alam
Waktu operasi : Isnin - Ahad, 5.00ptg - 2.00pagi
Rank makanan : 4/5
Rank harga : 4/5
Rank restoran : 3/5 



Restaurant Johnny's

Restoran ini pula adalah restoran yg mempunyai clasnya tersendiri. Kat sini ada steamboat sahaja tak ada grill buat masa sekarang lah. Tapi kar sini pilihan makanan untuk ala-cart begitu benyak sekali nak di bandingkan dengan makanan steamboat. Kalau anda rasa sekadar nak merasai steamboat tu bagaimana restoran ini adalah sesuai. Johnny's ini ada di banyak cawangan di seluruh Malaysia. Review ni Mahamahu buat untuk cawangan Putrajaya sahaja boleh baca kat sini ok.

Lokasi : Alamanda Putrajaya
Waktu operasi : Isnin - Ahad, 10.00pg - 10.00mlm
Rank makanan : 3/5
Rank harga : 3/5
Rank restoran : 4/5


Itu tadi antara2 restoran steamboat pilihan Mahamahu sepanjang 2014 ini. Ini semua adalah pendapat peribadi hasil daripada review yg sempat Mahamahu buat jadi anda semua mempunyai pendapat sendiri dan pandangan anda. Kalau nak tahu kena cuba dan rasai sendiri semua restoran steamboat ini ok. Ada apa2 cadangan atau jemputan boleh hubungi email Mahamahu jadi boleh masuk list untuk 2015 pulak ok selamat menjamu selera.







0 Pandangan: