Onisuka Tiger Jenama Jepun Melancarkan Cawangan Keduanya Di Sunway Pyramid

Onisuka Tiger Jenama Jepun Melancarkan Cawangan Keduanya Di Sunway Pyramid - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Satu lagi kedai kasut baru telah di buka di Sunway Pyramid. Mahamahu telah di jemput untuk meraikan majlis pembukaan rasmi cawangan keduanya di Malaysia. Terletak di pusat membeli-belah premium di Subang Jaya, kedai baru menjangkau seluas 1,650 kaki persegi dan berjanji untuk memenuhi permintaan peminat jenama Onitsuka Tiger di Malaysia. 





Sedikit tentang sejarah kedai kasut ini Mahamahu share kepada anda ok. Pada tahun 1949, Kihachiro Onitsuka pengasas yg menubuhkan Onitsuka Tiger. Jenama bermula dengan komitmen untuk menggalakkan kesihatan remaja, dan sejak itu jalur Tiger telah menjadi sinonim dengan salah satu jenama yang paling terkenal di dunia sukan. Legenda yang hidup pada hari ini dalam gabungan warisan Jepun dan gaya moden. Dengan reka bentuk yang terdiri daripada Silhouettes klasik dikemaskini untuk menyegarkan gaya dan para pecinta budaya, semangat Jepun terpahat di setiap koleksi baru Onitsuka Tiger seperti kasut, pakaian dan aksesori. 







Berikutan kejayaan untuk kedai pertamanya di Kuala Lumpur dibuka 2012 di Pavilion, kedai kedua di Sunway Pyramid bertujuan untuk memenuhi kehendak pembeli dari kawasan seperti Klang Valey, Selangor, dan Petaling Jaya. Menurut Pengurus Besar Cawangan Malaysia kawasan ini di pilih kerana ia adalah tumpuan dari pelbagai kaun bangsa dan usia untuk menjadikan brand ini sentiasa memenuhi kehendak pengguna. 




 


Mahamahu jejak kaki ke kedai baru ini memang terasa inspirasi untuk bersuka dan bergaya dengan kasut berjenama ini. Kedai Onitsuka Tiger di buka setiap hari dari pukul 10:00pagi -10:00mlm di pusat membeli-belah Sunway Pyramid ini. Sekiranya anda berminat untuk semua jenis produk keluaran mereka boleh kunjungi cawangan baru ini yg terletak di aras G1.98, Sunway Pyramid.

Layari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi mereka.