Buffet,

Lunch Dan Dinner Buffet Eksklusif Diskaun Sehingga 20% Di Terazza Brasserie

Khamis, November 20, 2014 Mahamahu 0 Comments

Lunch Dan Dinner Buffet Eksklusif Diskaun Sehingga 20% Di Terazza Brasserie - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini satu lagi buffet yg ada promosi khas untuk anda pembaca blog Mahamahu sahaja. Sebelum ini dah bagi diskaun kat tempat lain kali ini di Terazza Brasserie @ Dorsett Grand Subang.


Sebelum ni kalau diskaun untuk makan tghari sahajakan, tapi kat Terazza Brasserie ini promosi ini terbuka untuk makan tghari dan juga makan malam. Wow memang best lah kalau mcm tu boleh selalu dtang ada diskaun. Tapi diskaun bebeza mengikut waktu nanti korang boleh tgk jadual yg Mahamahu tunjukkan. 




Cafe ini adalah salah satu daripada tempat makan yang paling popular di hotel dengan bufet sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selain lazat menu makan sepanjang hari, ia juga menawarkan makan kontemporari dalam suasana yang santai dengan teres luaran dan pengaruh dalam suasana Mediterranean yang bergaya.






Kat sini juga terdapat hidangan makanan tempatan dan juga hidangan antarabangsa yg di gabungkan dalam buffet mereka. Ada masakan kambing, daging, ayam dan juga ikan dalam pelbagai citarasa. 






Di sini cukup popular dengan hidangan makanan laut mereka. Kalau korang dtg buffet kat sini boleh nampak ukiran ais di tengah2 dan di kelilingi oleh makanan laut yg segar2. Ada udang, ada tiram, ada salmon dan mcm2 lagi semuanya segar di sediakan buat anda.





Kalau yg bertuah pula dinner malam di sediakan stall khas untuk BBQ dan grill di luar kawasan cafe ini. Jadi anda bertuah kerana semua hidangan ini ada promosi dan diskaun juga. Grill BBQ untuk makanan laut juga ada memang best kat sini.




Mahamahu dan cuba sendiri makan malam di sini dengan menggunakan promosi diskaun ini. Memang makanan kat sini banyak pilihan dan semua sedap2 belaka. Tapi semua ini mengikut selera anda jugakan bagi Mahamahu ia sesuai untuk di makan bersama keluarga atau teman2. 





Kalau korang nak redeem diskaun mcm biasa lah kena daftar di www.Offpeak.my dan setelah itu anda boleh cari lokasi Terazza Brasserie @ Dorsett Grand Subang. Klik kat logo tu and nanti anda sampai ker ruang untuk membuat tempahan.


Ruang tempahan ini anda perlu pilih perkara penting iaitu makan untuk berapa org, tarikh dan juga masa untuk anda nikmati promosi ini. Mcm Mahamahu cakap tadi promosi kat sini ada kelainan mengikut waktu seperti dalam jadual di sebelah. Jadi buat pilih mengikut waktu yg anda nak guna voucher ini.


Akhir sekali ninti anda akan dapat email pengesahan daripada mereka bahawa tempahan anda telah di terima. Print out email tersebut dan bawa semasa anda nak nikmati makan di sana. Semasa proses tempahan tu tiada bayaran di kenakan. Anda boleh nikmati diskaun ini mengikut waktu dan tarikh yg anda telah pilih sahaja.


Mudahkan sekarang nak makan dengan harga yg jauh lebih berbaloi dan murah. Tak ada alasan untuk makan tempat2 istimewa seperti ini nak celebrate harijadi ker, ulangtahun ker dan mcm lagi. Mahamahu dan cuba anda bila lagi. Selamat menjamu selera.

Anda boleh follow mereka di laman seperti di bawah,








0 Pandangan: