Cuti-Cuti Malaysia,

Kuching Waterfront Lokasi Wajib Singgah Visit Malaysia 2014

Isnin, November 24, 2014 Mahamahu 0 Comments

Kuching Waterfront Lokasi Wajib Singgah Visit Malaysia 2014 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini adalah posting terakhir untuk pengembaraan Mahamahu di negari Kenyalang ini. Walaupun Mahamahu tidak menjelajah keseluruh negeri Serawak ini tetapi di Kuching segalanya telah ada termasuklah Sungai Sarawak yg terletaknya Kuching Waterfront.


Memang tidak lengkap percutian anda sekiranya tidak berjalan dan menysusuru sungai Sarawak ini. Kuching Waterfront juga di kenali sebagai Lokasi Orang di mana di sinilah semua pelancong mahupun warga tempatan akan berkumpul. Bagi pelancong di sini anda boleh kenali sejarah bandar Kuching sebagai ibu negeri Sarawak. 


Sepanjang perjalanan anda di sungai Sarawak ini bukan sahaja anda boleh susuri sungai tetapi anda juga boleh ketahui sejarah bangunan yg terdapat di sepenjang sungai ini. Memang anda akan terpeguna, anda boleh gunakan pelbagai pengangkutan air untuk menyusuri sungai ini seperti perahu, cruise mahupun boat penambang.



Perjalanan sungai ini anda akan dapat melihat bangunan Astana yg menjadi singgah sana kepada Yang Di Pertua Negeri Sarawak. Selain itu juga anda akan dapat lihat bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yg baru terergam indah dan cantik. Anda juga akan dapat melihat perkampungan asal org Melayu di persisir sungai ini.



Pada waktu malam pula kawasan ini hidup dengan aktivit masyarakat di sepanjang sungai ini. Pada musim tertentu di sungai ini akan di adakan Boat Berhias yg indah dan berwarna-warni. Sepanjang sungai juga anda boleh nikmati makanan serta hiburan walaupun pada waktu malam. 


Di siang hari kawasan sepanjang sungai manjadi lokasi untuk membeli cendearmata dan juga barangan yg di jual oleh penduduk tempatan. Jadi penuhi percutian anda ke Kuching denga melawati Kuching Waterfront ini kerena anda akan keindahan Kuching yg sebenar. Mahamahu pun sudah menamatkan pecutian ker sini and bila lagi. Selamat bercuti kepada semua.

Lokasi2 lain yg menarik wajib anda lawati bila sampai ker Kuching :-
Taman Orkid Kuching Sarawak
Kampung Budaya Sarawak
Muzium Kucing Sarawak
Pasar Serikin Sarawak







0 Pandangan: