Chines Cuisine,

Mee Tarik Warisan Asli Mee Buatan Sendiri

Jumaat, Oktober 17, 2014 Mahamahu 0 Comments

Mee Tarik Warisan Asli Mee Buatan Sendiri - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau korang nak makan mee mana tempat yg korang tuju? Mahamahu dah tahu satu tempat makan mee yg bukan sahaja sedap malah meenya juga di hasilkan sendiri. Mana lagi kalau bukan Restoran Mee Tarik Warisan Asli yg kini telah mendapat tempat di hati peminat makanan di Malaysia.


Buat pertama kali Mahamahu dapat melihat sendiri bagaimana mee yang berasal dari Lanzhou daerah utara negara China di hasilkan depan mata. Nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan kekuatan tangan dan tenaga yg lebih bagi menghasilkan mee yg lebih halus dan lembut untuk di makan. Korang tonton sendiri lah video yg Mahamahu rakam ni mcm mana mereka mencanai tepung tu sehingga menjadi sehalus2nya mee yg sedap dan lembut.


Pemilik restoran ini lebih senang di panggil Pak Hassan telah mula membuka restoran ini lebih 3 tahun dahulu bermula di cawangan Sungai Besi. Kini telah ada 4 cawangan keseluruhannya iaitu di Dang Wangi, Setapak dan Padang Jawa (Shah Alam). Mereka juga ada merancang untuk membuka sehingga 100 restoran seluruh Malaysia di masa akan dtg. Kalau anda nak tahun kebanyakan restoran ni memang keseluruhan warna kedai ini berwarna hijau jadi senang nak cari.



Dah tahu sedikit sejarah mee tarik ini boleh kita ketahui pula menu2 yg special ada di restoran ini. Banyak sebenarnya yg sedap di sini tapi menjadi pilihan utama kebanyakan tetamu yg dtg seperti yg Mahamahu dah cuba sendiri ini. Mee paling special iaitu Mee Soup with Braised Beef. Ini adalah mee sup yg di masak dengan daging lembu cukup rasa rempah ratusnya.

Mee Soup with Braised Beef

Pilihan seterusnya pula Mahamahu suka iaitu Wet Mee With Braised Beef dan Wet Mee With Chicken. Kedua2 ini adalah hidangan mee yg di goreng bersama daging dan satu lagi di goreng dengan ayam bersama lada benggala dan rempah ratus yg terbaik. Kebanyakan rempah ratus yg di gunakan di sini dibawa terus dari negara China.

Wet Mee With Braised Beef

Wet Mee With Chicken

Bagi menu kudapan pula Mahamahu suka "Toothpick" Lamb. Kalau korang dtg ke restoran ini mesti kena cuba kudapan daging yg di cucuk dengan lidi kecil. Di goreng denga rempah ratus sepcial memang lain dari pada lain. Sambil sembang2 dan minum2 layan makan kudapan ini terbaiklah.

"Toothpick" Lamb

Kalau nak menu yg berkuah sikit anda boleh pilih sendiri Fried Fungus & Meat dan juga Fried Tomato & Egg. Kedua2 menu ini memang berkuah sedikit dan rasa pun lain dari lain. Boleh di makan bersama nasi atau mee yg ada di situ. Mahamahu rasa puas hati dpt makan mee yg di hasilkan sendiri depan mata dan penuh dengan kesenian dalam proses menghasilkan mee. 

Fried Fungus and Meat

Fried Tomato and Egg

Lepas makan mesti nak minumkan, kalau mcm tu dtg kat sini kena order China Ba Bao Tea. Minuman tea yg mengandungi 8 rempah ratus special yg di bawa dari negara China. Menurut kata pemilik restoran tu meraka merancang utk mengkomesialkan minuman tea ini kerana mendapat sambutan yg tinggi. Kebaikan minuman ini ia dapat memberi kesejukan dalam badan pada hari yg panas. 


China Ba Bao Tea

Syrup Lychee, China Ba Bao Tea and Tea O Ice Lychee

Kalau anda nak tahu lebih lanjut menu2 yg ada di restoran ini anda boleh layari laman Facebook dan juga laman web mereka. Boleh tinggalkan komen yg baik2 dan yg sedap2 jer kat situ dan sharekan gambar2 makanan yg anda suka. Mai lah dtg cuba sendiri mee tarik yg terjamin keasliannya. Selamat menjamu selera....

Lokasi cawangan Restoran Mee Tarik Warisan Asli



RESTORAN MEE TARIK WARISAN ASLI
Waktu operasi 11.00pg - 11.00mlm
Dibuka setiap hari kecuali cuti umum