Makan di Cafe Lavista @ Hotel Bangi Putrajaya Dengan Diskaun 30%

Makan di Cafe Lavista @ Hotel Bangi Putrajaya Dengan Diskaun 30%  - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana nak dpt diskaun makan pada harga yg murah dan berpadanan dengan lokasi serta menu yg di sediakan. Nanti Mahamahu ajar mcm mana nak dptkan diskaun ini. Tapi first kita tgk menu yg disediakan di Cafe Lavista @ Hotel Bangi Putrajaya ini.



Di sini ada menu jenis ala-cart dan juga buffet, menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, dengan bufet sarapan yang menarik, makan tengah hari dan makan malam. Pada hari Mahamahu makan di sini kami dihidangkan dengan makanan ala-cart yang menjadi pilihan utama tetamu di sana. Di antara menu pilihan adalah Nasi Goreng, special nasi goreng ni lain daripada lain kerana mengadungi satay ayam, kuah kacang, telur goreng dan keropok ikan. 

Nasi Goreng

Kemudian kami di hidangkan dengan Penang Char Koay Teow yang mengandungi kerang, udang, daun kucai memang sedap. Patut lah Char Koay Teow ni jadi pilihan utama. Kalau yg suka hidangan ke baratan sikit boleh cuba Pizza dan juga Sandwich with Fries. Pizza di sini adalah pizza yg di hasilkan sendiri oleh chef profesional mengandungi bahan2 yg segar.

Penang Char Koay Teow

Sandwich with Fries

Pizza

Manakala untuk menu buffet kat sini terdiri daripada hidangan campuran masakan tempatan dan juga international. Banyak pilihan menu untuk buffet dari pembuka selera, menu utama hingga kepada pencuci mulut. Kalau nak makan berat boleh mulakan dengan hidangan nasi bersama lauk pauk seperti Lamb Stew, Seafood with Dhill Cream Source, Hammagulli in Tomato Sauce, Eggplant with Tomatoes Basil Sauce, Ikan Asam Pedas, Paru Berlada dan Kari Masak Ketam.

Lamb Stew

Seafood with Dhill Cream Source

Hammagulli in Tomato Sauce
  Eggplant with Tomatoes Basil Sauce

  Ikan Asam Pedas

  Paru Berlada

 Kari Masak Ketam

Kalau anda yg suka makanan barat ada juga selain daripada Pizza, terdapat juga section Grill terdiri daripada daging kambing, ayam ataupun seafood. Anda hanya perlu pilih sahaja lauk tu dan chef akan grill kan untuk anda merasa kesegarannya. Anda juga boleh pilih Chicken Golden Blue with Mushroom Sauce dan juga Roasted Beef with Rosemary Sauce.

Roasted Potato with Onion

Chicken Golden Blue with Mushroom Sauce

Roasted Beef with Rosemary Sauce
 
Seafood

Banyak juga menu yg ada di sini, kalau tgk pada pencuci mulut juga ada pelbagai pilihan makanan seperti kek dan puding serta anda boleh makan aiskrim atau ABC yg anda boleh sediakan sendiri. Mahamahu sendiri tak habis dan kenyang perut kalau makan buffet di cafe ini berbaloi dengan harganya. 



Mahamahu nak ajar anda bagaimana pula nak dpatkan diskaun 30% bagi menikmati semua hidangan di atas tadi. Mudah jer anda hanya perlu mendaftar dengan laman web www.Offpeak.my secara percuma. Selepas mendaftar anda hanya perlu masukan nama restoran yg hendak di cari seperti sekarang masukan nama Cafe Lavista. Akan di paparkan seperti di bawah di mana terdapat diskaun 30% dan click Book Now.

 
Tapi kena ingat diskaun makan tersebut adalah setiap hari dan untuk beberapa jam tertentu sahaja dalam seharian. Jadi anda perlu pilih dan rancang waktu yg ada diskaun sahaja untuk anda menikmati promosi istimewa ini. Anda tidak perlu buat apa2 pembayaran semasa booking hanya perlu bawa email pengesahan yg di berikan pada masa yg telah anda pilih seperti di bawah.


Mudahkan untuk anda mendapat promosi ini kan tak susah pun nak makan makanan sedap2 dan special. Cafe ini adalah tempat yg hebat untuk makan special dengan promosi yg disediakn. Selepasni kalau nak makan dengan diskaun layari laman Offpeak segalanya ada di situ. Selamat menjamu selera semua..


CAFE LAVISTA @ HOTEL BANGI PUTRAJAYA
Laman web : http://www.hotelbangi-putrajaya.com/Dining.aspx
Tel : 603-82102222

Follow Offpeak.my untuk maklumat lanjut





0 comment... add one now