Carl's Jr,

Istimewa Diskaun 10% Makan Di Restoran Carl's Jr

Isnin, Oktober 27, 2014 Mahamahu 0 Comments

Istimewa Diskaun 10% Makan Di Restoran Carl's Jr - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu sekarang nak promosi kawan2 untuk dapatkan promosi diskaun makan murah pada waktu dan hari tertentu di lokasi terpilih. Kali ni Mahamahu telah makan di Carl's Jr dengan diskaun 10%



Restoran ni telah ada banyak cawangan dah di KL ni sahaja iaitu di Pavillion, 1 Utama Shopping Center, Setia City Mall, Sunway Piramid, Subang Parade dan Mines Shopping Fair. Diskaun ini boleh di guna pakai di semua cawangan restoran yang ada dalam list dan pada semua jenis hidangan. Kalau anda ambil banyak diskaun banyak anda boleh beli pada harga promosi.



Mahamahu kalau pergi sini paling suka makan adalah Famous Star With Cheese atau Super Star With Cheese tu mesti beli. Tgk pada saiz burger kat sini memang cukup mengenyangkan dan puas hati untuk makan. Boleh pilih ala-cart burger sahaja atau ambil set yang mengandungi kentang goreng dan soft drink. Siap boleh refill lagi air kat sini puas lah minum.

Full Set Burger with Fries and Soft Drink

Famous Star With Cheese

Super Star With Cheese

Selain tu juga ada beberapa burger yg menjadi jualan laris untuk burger pilihan di sini, antaranya adalah Portobello Mushroom Burger iaitu burger dalam diapit bersama roti, daging burger dan juga kuah cendawan yg enak. Kemudian Western Bacon Cheeseburger yang simple tapi antara pilihan yg enak juga untuk anda cuba.

Portobello Mushroom Burger

Western Bacon Cheeseburger

Bagi menikmati burger dari negara Jepun and boleh cuba Teriyaki Burger di mana daging burger di salut dengan sos Teriyaki sungguh asyik sgt kalau makan. Kalau anda yg mahu makanan burger sihat tanpa kabor anda boleh cuba Low Carb Chicken Club Sandwich ni. Menu yg special ni burger tapi tiada roti cuma daging ayam di salut dengan sayuran segar dan sos special. Sedap tidak kurang rasa burger lain juga lagi sihat.

Teriyaki Burger

Low Carb Chicken Club Sandwich

Kalau tak suka makan burger anda boleh cuba makan satu lagi special promosi unik dan menarik iaitu Hand-Breaded Chicken. Makanan ini adalah gabungan antara daging ayam cincang bersama dengan kentang goreng dan sos bersama mayonis. Gabungan ini menjadi dan sungguh enak untuk di cuba.

Hand-Breaded Chicken

Natural Cut French Fries

Kalau kat sini makan banyak mesti kena ada minumankan. Selain dari minuman soft drink yg biasa anda juga boleh cuba minuman baru sedap iaitu Hand-Scooped Ice Cream Shakes & Malts. Ni specialnya minuman ini aiskrim yang di goncang bersama dengan ais berperisa coklat atau vanila atau strawberry. Ni pun anda boleh guna dengan voucher diskaun 10% tu ok.

Hand-Scooped Ice Cream Shakes & Malts Chocolate, Strawberry and Vanila

Mcm mana nak dapatkan vaoucher diskaun tu, mudah jer tak susah anda hanya perlu layari laman sesawang www.Offpeak.my dan register secara percuma. Pada yang dah register anda hanya perlu taip restoran apa yg anda nak diskaun tersebut, kalau kat sini taip lah Carl's Jr cawangan mana anda nak pergi. Lepas tu boleh klik pada voucher promosi 10% yg di keluarkan seperti contoh di bawah.


Lepas tu bila anda dah pilih voucher tersebut anda pula kena pilih lah berapa org nak dptkan voucher tersebut. Kemudian pilih tarikh dan masa yg ada promosi kerana tidak semua waktu anda boleh guna voucher ini. 


Selepas itu anda akan dapat email pengesahan bahawa booking anda telah berjaya. Nak redeem voucher tu pula anda perlu print out voucher tersebut dan bawa bersama semasa waktu booking anda dan tunjukan print out tersebut untuk nikmati voucher 10% tu. 


Mana ada tempat nak bagi diskaun untuk waktu dan masa tertentu special hanya di Offpeak sahaja. Lepas ni akan ada banyak lagi promosi yg akan Mahamahu bagikan untuk anda nikmati ok. Jgn lupa kalau nak pegi makan ingat makan ingat offpeak ok. Selamat menjamu selera semua.

Anda boleh follow mereka di laman2 di bawah