Dapur,

Dapur Mahamahu Kek Gula Hangus A.K.A Kek Sarang Semut

Rabu, Oktober 15, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Kek Gula Hangus A.K.A Kek Sarang Semut - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ni lah keje hujung minggu yg tiada apa2 nak review masa untuk memasak. Tapi kali ni bukan Mahamahu memasak seorang tapi dengan adik Mahamahu dia memang rajin buat kek ni semua idea dia ok. Mahamahu cuma membantu je lah, kali ni nak buat Kek Gula Hangus atau setengah org panggil Kek Sarang Semut.


Ramai org dah tahu mcm mana nak buat kek ni kan jadi Mahamahu cite serba sedikit jer lah ok. Bahan2 yg di perlukan adalah seperti Susu Pekat, Telur, Gula Kasar, Tepung Gandum, Tepung Penaik, Butter, Asen Vanila dan Soda Bicarbonate . Buat kek ni paling mudah kerana tak perlu oven untuk memask hanya kukus sahaja mudah kan.


Cara nak buatnya, first kena masauk gula tu sehingga hangus sebab tu kek ni ada org panggil Kek Gula Hangus. Bila dah masak sampai hangus tapi dengan api yg perlahan dan sejukkan seketika sambil tu masukan butter agar gula tu tidak keras. Ketepikan dahulu bahan gula yg di masak tadi sehingga sejuk.


Selepas tu kita akan pukul telur sehingga separuh kembang masa tu baru masukan asen vanila dan susu pekat. Gaul sehingga sekata semua bahan tadi dan ayakkan tepung kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan gula yg kita biar sejuk tadi. Masuk sehingga semua bahan tadi habis dan gaulkan sekata. 



Bila semua bahan tadi sekata masukan dalam bekas yg kita nak gunakan untuk mengkukus nanti. Tapi sebelum tu campuran tadi di rehatkan selama 2 hingga ke 3 jam dalam suhu bilik. 



Maka tiba masa untuk untuk kita mengukukus selepas direhat tadi. Panaskan air dalam periuk kukus dengan api yg perlahan. Tapi pastikan air sudah panas baru masukan campuran kek tadi. Knp Mahamahu bungkuskan penutup periuk kukus tu? Itu adalah untuk mengelakan daripada air kukus yg berada di atas penutup itu menitik ke atas kek. 




Masak kek ini hanya perlu selama 45 minit sahaja dengan api yang sederhara tau jgn kuat2 sgt. Selepas 45minit kita nak pastikan bahawa kek kita betul2 dah masak cucuk tengah kek dengan lidi dan kuarkan. Kalau tiada tepung yg melekat maka kek kita betul2 dah masak dan boleh di keluarkan dan di sejukan. Maka bila kek dah sejuk boleh potong dan di hidangkan, ia sesuai untuk di makan bersama kopi memang layan. Kawn2 boleh cuba di rumah ok tak susah, Mahamahu ada banyak lagi resepi termasuk cara nak buat Coklat sedap kat sini. Selamat mencuba..


Boleh dapatkan resepi ini di sini LetsMasak.com





0 Pandangan: