Kafe Nenda,

Kafe Nenda Hidangkan Sarapan Pagi Makanan Tradisi

Isnin, September 15, 2014 Mahamahu 0 Comments

Kafe Nenda Hidangkan Sarapan Pagi Makanan Tradisi - Salam sejahter kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekali sekalad dpt dtg Bukit Tinggi Klang mesti kena cari tempat makan yg sedap2 kat sanakan. Kali ni kebetulan Mahamahu ada acara bersama Tourism Selangor nantikan post tu kemudian. Tapi Mahamahu nak cite pasal tempat makan sarapan pagi best iaitu di Kafe Nenda.



Kafe Nenda yg terletak di Bandar Botanic Klang berhadapan dengan Aeon Bukit Tinggi Klang. Nanti korang boleh cari alamat yg Mahamahu bagi kat akhir post ni nanti ok. Sini memang special sarapan paginya menu2 tradisi semua ada kat sini. Mahamahu hari tu sempat makan beberapa menu yg ada untuk sarapan pagi.




Mahamahu mesti lah pilih menu paling popular serata Malaysia apa lagi kalau bukan Nasi Lemak bersama dengan Sambal Sotong. Nasi Lemak kat sini sedap sgt dan terasa lemaknya dan kepedasan sambal Sotongnya. Makan bersama dengan Teh Ais lagi uhmmmmppp lah rasanya tapi jgn amal selalu sebab kurang baik untuk kesihatan.

Nasi Lemak Sambal Sotong

Milo Ais dan Tes Ais

Selain tu juga kat Kafe Nenda ni ada juga makanan seperti Roti Canai dan juga Roti Boom. Kalau dah roti ni mesti bersama dengan kuah Kacang Dhal dan juga sambal ikan bilis caraa sangat. Meletop bila masuk dalam mulut hehehe. Kalau yg suka makan sup pun ada juga sarapan pagi kat sini Soto pun aga specialkan.

Roti Canai

Apple Asam Boi & Neslo Ais

Kalau yg nak ringan kuih muih pun ada kat sana semua ada lah bak kata org. Mahamahu pun dtg nak sarapan kat Kafe Nenda tu rasa mcm tenang dan seronok dengan environment dalaman yg tersusun dan deko yg simple tapi menarik. Pada semua peminat makanan Mahamahu cadangkan untuk dtg sini makan nak cari sarapan pagi kat sini ok best.

Soto

Kuih Muih

Kafe Nenda ni buka dari pukul 8.00 pagi hingga petang pukul 7.00 petang setiap hari Isnin sampai Ahad. Bukan sahaja ada sarapan pagi kat sini malah makan tghari dan juga makan petang pun ada. Tapi Mahamahu cite untuk sarapan pagi jer sebab dtg sana makan sarapan hehehe, tu pun dah sedap. Kalau korang nak detail boleh pergi ker laman Facebook Kafe Nenda segala menu ada sana ok. Selamat menjamu selera.....

Kafe Nenda
Alamat :
No 88, Jalan Mahogani 1, 
Bandar Botanic, 
41200 Klang, Selangor
Phone : 03-33187181 / 03-33244381 / 019-2898181
Email : nenda_restaurant@yahoo.com