Dapur,

Dapur Mahamahu Masak Muffin Mahamahu

Selasa, September 16, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Masak Muffin Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni Mahamahu nak buat Muffin menggunakan tepung Muffin daripada product keluaran Nona. Saja nak try buat muffin walaupun guna tepung yg dah sedia ada tapi kadang2 tak jadi juga kan. Mahamahu nak test alat memasak Muffin yg telah di beli ni mana tahu tak elok ker hehehehe...


Cara buat Muffin ini mudah jer sebab guna tepung yg dah siap cuma perlu sediakan telur, air dan juga minyak sayur. Mahamahu beli Muffin tepung keluaran Nona kalau kawan yg tiada masa nak sediakan makanan dessert untuk majlis harijadi atau apa2 saja majlis pada tetamu menggunakan tepung yg sedia ada lebih menjimatkan dan mudah. Kita boleh buat bentuk kita sendiri dan juga perasa yg kita nak untuk tetamu yg kita nak raikan.



Tadi kita dah tahu bahan2 yg perlu ada jadi langkah seterusnya adalah mula proses untuk membuat Muffin. Pertama ayakkan tepung tadi supaya lebih halus dan mudah untuk di gaulkan. Selepas tu, asingkan telur antara kuning dan putih telur. Mahamahu ada cara muda dan cermat untuk anda asingkan putih telur dengan kuningnya. Tonton video yg Mahamahu sediakan di bawah ini untuk anda semua.


Tu dia selepas asingkan telur putih dan kuning, kita gunakan dulu telur kuning dengan putarkan telur kuning bersama minyak sayur dan kemudian masukan sikit demi sikit tepung Muffin bersama air. Setelah di putar dengan sebati semua tepung tadi kemudian putar pulak putih telur sehingga kembang. Ini penting untuk pastikan bahawa dalam Muffin ini lebih lembut. Tips yg seterusnya masa masukan telur putih tadi dalam tepung jgn gaul terlalu kuat pastikan di sekatakan dengan penuh lemah lembut.





Selepas adunan tadi sebati dan lembut barulah boleh letak pewarna atau perasa lain. Nak buat Muffin pokedot pun boleh Mahamahu try buat tapi tak berapa nak jadi hehehe mungkin salah teknik kot. Tak apa lepas tu baru masukan 3/4 daripada saiz bekas ketika hendak membakar. Jgn masuk penuh nanti terlalu melimpah. Kalau guna alat pembakar ini sekejap jer masak dalam 5 minit sahaj cepat kerana pemanas ia sekata. 




 
Tips untuk memastikan bahawa Muffin kita masak di dalam, ambil satu lidi dan cucuk tgh2 Muffin tadi dan keluarkan jika ada kesan lekat tepung pada lidi tu tanda tak masak lagi. Kalau licin tak lekat maksudnya dah elok masak. Selepas tu keluarkan dan sejukkan untuk di hiasa di atas pinggan. Jadilah Muffin Mahamahu yg mudah simple ni hehehe. Korang boleh cuba banyak resepi Mahamahu termasuk cara mudah buat Coklat sedap kat sini. Selamat mencuba... 






0 Pandangan: