Sparkling Juice Minuman Special Sempena Rumah Terbuka

Sparkling Juice Minuman Special Sempena Rumah Terbuka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang ni musim hebat org buat open house semperna dengan bulan Syawal. Mahamahu sendiri pun tak menang tangan dapat jemputan untuk open house ni kadang2 sehari tu sampai 3 buah rumah nak pergi memang tak sempat, perut pun dah penuh.


Tapi nak cari kelainan dalam open house ni susah juga kerana setiap kali pergi rumah terbuka mesti makan makanan biasa, nasi impit, rendang, mee kari, mee sup, nasi dagang, sate dan mcm2 lagi lah. Kalau minum tu tak air sirap mesti air oren atau air Rebina class kau jah hehehehe. Tapi kali ni Mahamahu nak perkenalkan satu minuman special yg jarang2 org hidang kerana mungkin tak ramai yg suka.


Minuman juice Sparkling mesti ramai yg suka minum air ni untuk majlis2 special seperti harijadi atau private majlis jer. Tapi bagi Mahamahu Sparkling juice ni pun boleh di jadikan minuman semasa open house baru lain daripada yg lain. Kat sini ada dua jenis Sparkling juice yg Mahamahu pernah cuba and memang menarik lain daripada lain. Sparkling Peach Juice Drink dan S-Sotic Sparkling Juice Salak


 

Satu tu Sparkling daripada buah peach dan satu lagi daripada buah tempatan iaitu buah Salak. Kalau Sparkling Anggur memang selalu minum tapi ni sparkling buah Salak memang lain daripada yg lain. Mahamahu rasa minuman ni agak masam sikit tapi kalau minum masa sejuk lagi sedap. Jgn risau sebab kebanyakan sparkling kat Malaysia ada status halal dan boleh di minum. So mungkin kita boleh ubah sikit agak open house lebih menarik dan lebih meriah. Selaamat menjamu selera...