Dapur Mahamahu Cadangan Menu 10 Minit Untuk Orang Bujang

Dapur Mahamahu Cadangan Menu 10 Minit Untuk Orang Bujang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah lama Mahamahu tak share menu masakan maklumlah musim perayaan ni semua hidangan di sediakan oleh bonda tercinta lama tak rasa air tangan ibu. Tapi bila dah blik cuti ni masa nak masak sendiri lah dah hidup bujang ni kan.

Masak Gulai Tempoyak Ikan Pelalin

Kali ni Mahamahu nak kongsi beberapa menu yg simple sangt sempat Mahamahu masak bila masa kat rumah sorang2. Menu pertama ini di panggil Masak Gulai Tempoyak Ikan Pelalin. Maklumlah susah nak cari ikan Patin kat KL dan mahal ikan Pelalin pun jadi lah tapi sedap. Masak dengan tempoyak yg dah lama di peram lagi sedap. Masak jgn pekat2 sgt tapi pastikan ia pedas dengan isi cili padi banyak sikit lagi kawww.... 

Ikan Pekasam Goreng Cili

Menu kedua pula adalah Ikan Pekasam Goreng Cili. Menu ni lagi simple dan cepat buat tapi pasti kena ada Ikan Pekasamlah makanan paling popular di belah utara sana. Sesetengah ikan Pekasam ini kadang2 bila goreng ia hancur tapi cara nak goreng tak hancur celup sedikit dengan bancuhan tepung. Lepas tu gorenglah lagi sedap rangup dan pedas goreng bersama beberapa batang cili padi.

Ikan Masin Goreng Bawang

Kacang Panjang Goreng Beralada

Menu ketiga Ikan Masin Goreng Bawang ini adalah menu sampingan jer boleh makan dengan nasi putih dan kicap dah cukup memang terangkat. Kalau pagi2 org buat sarapan makan dengan pulut lagi terbaik. Lepas tu menu sayur pula Mahamahu suka masakn Kacang Panjang Goreng Beralada. Hidangan ini sekejap jer buat goreng kacang panjang bersama cili geleng dan lepas tu masukan telur bila kacang dan sedikit layu baru sedap.

Bayam Goreng

Menu sayur yg pasti wajib ada dan mudah untuk sedia iaitu sayur Bayam Goreng ini lagi senang. Potong Bayam dan goreng bersama bawang putih dan bawang besar, lepas tu masukkan garam lagi sedap. Nak sedap tambah cili padi baru pedas dan kawwwnya hehehe. Apa pun menu yg Mahamahu share ni adalah penyedian cepat dan mudah tapi boleh makan. Kalau ada lagi nanti Mahamahu share ok, Kawn2 yg ada menu menarik share boleh Mahamahu cuba heheh. Selamat memasak....