Converse,

Converse Jack Purcell Kini Di The Offday Bangsar

Isnin, Ogos 25, 2014 Mahamahu 0 Comments

Converse Jack Purcell Di X Offday Bangsar - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan sekalian. Anda minat shopping dan anda minat trend terbaru. Kini Converse dengan keluaran terbaru mereka di beri nama Jack Purcell telah berada di The Offday Jalan Telawi 3 Bangsar Baru. Di sini mempamerkan pelbagai koleksi terbaru Converse Jack Purcell "Cross-Stitch" yang sememangnya antara koleksi kasut sneaker terbaik jenama Converse.

 

Kalau anda peminat Converse daripada dulu hingga sekarang pasti akan ikuti perkembangan mereka dan mencari koleksi terbaru mereka. koleksi musim luruh 2014, Converse sneaker memperkenalkan koleksi serba baru Converse Jack Purcell - Cross Stitch -, kualiti kapas WAX 'jahitan silang yang terperinci' dilengkapi dalam kulit, tekstur teras untuk koleksi kasut sneaker musim ini. Hasil produk sneaker premium dengan kulit berkualiti tinggi dan cara jahitan halus adalah direka dan dibuat untuk keselesaan.







Tidak di nafikan lagi tentang kualiti yg ada dalam product Converse sendiri dan Mahamahu pun suka pada design yg di hasilkan oleh mereka. Kini di sni The Offday adalah berkonsepkan kedai Vintage yang pakar dalam koleksi pakaian lelaki premium casual dengan sedikit pengaruh punk rock. Ia disesuaikan dengan rekaan terbaru Converse Jack Purcell, ala-Americana.





Mahamahu pertama kali melangkah dalam kedai ini memang cukup kagum dengan bukan sahaja rekaan malah koleksi yg mereka ada di sini untuk di jual kepada peminat fashion. Ada kasut, ada seluar jean, ada t-shirt, ada jacket and mcm2 lagi perhiasan untuk lelaki yg sesuai. Kalau mencari kelainan daripada koleksi biasa anda di sini pasti tempat yg sesuai.




Suasan kedai yg nampak lebih segar dengan konsep yg baru ini menjadi The Offday satu lagi karya dalam penghasilan kualiti fashion di Malaysia. Di tambah kolobrasi dengan Convers menjadikan ia satu yg lebih mantap dan berdaya saing. Buat generasi muda ia sesuai untuk anda harga bukan penghalang tapi kualiti yg di cari adalah segalanya. So jom shopping hehehe selamat membeli-belah.