Betul Betul Betul Makan Kat Kedai Makan Upin & Ipin

Betul Betul Betul Makan Kat Kedai Makan Upin & Ipin - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Semua org tahun karekter kartun yg cukup popular ini Upin & Ipin. Malah kepopularan Upin & Ipin telah sampai ke negara seberang Indonesi sehingga menimbulkan fenomena kegilaan Upin & Ipin. Rasa rugilah kalau tak pergi nikmati makan special dan cukup popular di Malaysia ni.

 

Mahamahu dah pergi makan kat Kedai Makan Upin & Ipin dan rasa sendiri kesedapan makanan kat sana. First masuk Mahamahu ingat kedai makan ini hanya sediakan makanan untuk golongan kanak2 jer. Tapi rupanya ada makanan untuk golongan dewasa sekali banyk menu pilihan best juga. Pasti menu utama dalam kebanyakan menu di Kedai Makan Upin & Ipin adalah berasaskan ayam.

Nasi Ayam BBQ

Nasi Putih dan Keli Berlada

Mahamahu sempat order dua menu utama yg sedap dan menarik untuk di cuba iaitu Nasi Ayam BBQ dan juga Nasi Putih dan Keli Berlada. Nasi ayam kat sini memang terasa ayamnya dan di tambah dengan ayam BBQ lagi menambah kesedapannya. Selain tu juga menu ayam lain seperti Nasi Putih dan Ayam Percik, Nasi Putih dan Ayam Masak Kicap dan Nasi Lemak dan Ayam Rendang.

Ayam Goreng Crispy Upin & Ipin dan Pop Corn Ayam

Soya Cincau dan Sirap Bandung

Manakala menu untuk kanak2 juga banyak kat sini memang membuka selera kanak2 untuk makan. Antara menu untuk kanak2 seperti Ayam Goreng Crispy Upin & Ipin, Ayam Goreng Sos Madu, Mix Combo, Roti Milo dan banyak lagi. Sambil makan sambil tonton movie Upin & Ipin memang menyeronokan buat kanak2 yg dtg kat sini.


Selaind daripada makan kat sini juga ada menjual cenderamata khas dari Upin & Ipin. Ada bekas air, patung Upin & Ipin, baju, beg dan mcm2 lagi yg boleh di beli untuk di bawa pulang. Mahamahu rasa ini antara francis yg patut anda pergi cuba sendiri memang menarik. Ada banyak cawangan di seluruh Malaysia lebih kurang 15 semuanya bukan sahaja di KL, Selangor, Perak, Negeri Sembila, Melaka, Johor dan Putrajaya. Pergi lah yg mana berhampiran dengan anda untuk cuba sendiri. Selamat menjamu selera.


Cawangan Kedai Makan Upin & Ipin seluruh Malaysia boleh di dapati di sini [klik sini]
Facebook : https://www.facebook.com/kedaimakanupinipin