Burger,

Burger TRANSFORMERS Edisi Blockbuster Khas Daripada Burger King

Sabtu, Julai 19, 2014 Mahamahu 0 Comments

Burger TRANSFORMERS Edisi Blockbuster Khas Daripada Burger King - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang dah tonton filem TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION kat pawagam ker. Mesti semua dah tgk dan ada yg tgk berulang-ulang kali kerana kehebatan aksi robot2 dalam filem ini. Musim ke 4 TRANSFORMERS ini menjadi tarikan paling hebat dalam dunia perfileman terutama kepada peminat Optimus Prime dan juga Bumble Bee.


Daripada kehebatan dan pengaruh yg kuat terhadap filem ini Burger King dengan rasmi mengeluarkan burger tawaran blockbuster khas sempena dengan TRANSFOMERS. Ia adalah daripada transformasi burger kepada lebih hebat dan lebih rasa. Sebelum ini nikmati burger dengan single patty sahaja tapi kini tawaran blockbuster ini menggabungkan dua patty dalam satu burger. Terdiri daripada burger daging dan ayam gabungan kedua2 juga menjadi satu burger transformasi.

Double Beef

Double Chicken

Terdiri daripada burger double layer patty seperti Double Beef, Double Chicken dan juga Double Take Burger iaitu gabungan ayam dan daging. Di lapiskan dengan salad segar dan juga sos keju istimewa, di tambah lagi dengan kentang di goreng nipis dan rangup di atasnya menjadikan burger ini mengandungi pelbagai tekstur rasa lembut dan rangup. Mahamahu dah nikmati burger ini yang Double Beef dan juga Double Take memang lain daripada lain bila di kunyah.
Double Take Burger

Selain daripada patty burger, di Burger King juga mengeluarkan edisi khas sosej ayam dalam bun yang lembut dan juga salad yang segar dan sos istimewa. Sosej ayam di beri nama Crunchy Jumbo Frank juga di lengkapi dengan kentang nipis di goreng rangup menambah keenakan rasa sosej. Menyegarkan makanan ini bersama dengan air berperisa menyegarkan bergas apel yang di panggil Apple Bolt dalam warna biru.

Crunchy Jumbo Frank

Apple Bolt

Burger King Transformers Blockbuster Deals untuk edisi terhad sehingga bulan Ogos sahaja dengan harga paling menarik. Bermula dari RM10.95 di datangkan dengan set pilihan Double Beef atau Ayam dan kentang goreng berserta air Apple Bolt. Manakala untuk Crunchy Jumbo Frank boleh di dapati dengan ala carte dengan harga RM4.95 sahaja.


Bersempena dengan bulan ramadhan yg mulia ini juga Burger King menggalakkan sifat kesabaran, memahami dan menghormati. Burger King Malaysia telah memulakan projek perintis di kedai terpilih dipanggil "BK Ramadan Trayliner", di mana dengan setiap pembelian di Burger King anda akan di sertakan dengan Trayliner. Dengan hanya lipat trayliner ke atas makanan mereka, mereka yang menunggu untuk berbuka puasa dan boleh menyimpan makanan mereka sebelum waktu berbuka. Yang bukan Islam sebaliknya boleh terus menikmati makanan mereka dengan menggunakan trayliner dalam kedudukan tegak, sebagai tanda persefahaman dan hormat. 


Pada kedua-dua belah pihak, trayliner datang dengan inspirasi cerita mengenai apa ertinya menjadi seorang rakyat Malaysia. Projek perintis ini di mulakan dengan 3 cawangan Burger King iaitu di Shah Alam, Wangsa Maju dan Alamanda. Jadi kalau anda dtg Burger King dapat kertas trayliner tu jgn di buang atau di buat alas, tapi di jadikan pelindung untuk menghormati dan menjaga kemulian bulan Ramadhan. Mahamahu makan dan guna juga tryliner di Burger King ini memang praktikal dan bagus. Selamat berbuka puasa kepada semua umat Islam dan juga rakan2 sekalian.