Applikasi Telephone,

Lapar? FoodPanda Ada Untuk Pembelian Online

Rabu, Jun 04, 2014 Mahamahu 0 Comments

Lapar? FoodPanda Ada Untuk Pembelian Online - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan sekalian. Kadang tiba2 bila ada kat rumah seorang2 ni mesti lapar akan melanda diri ini. Tambah bila tonton siaran memasak lagi bertambah lapar lah di buatnya. Nak kuar pula malas jadi jalan penyelesaiannya mana lagi FoodPanda lah pilihan. Nasib baik ada service pembelian makan secara online dan penghantaran terus ke rumah.


Kali ni Mahamahu nak gunakan FoodPanda secara online di talian. Mudah sangat pastikan pertama kena mendaftar dengan FoodPanda secara percuma. Lepas tu bolehlah buat pembelian apa2 sahaja makanan kegemaran. Mahamahu kali ni nak beli makan yg mudah2 jer. 


Bila dah daftar langkah pertama masukkan lokasi di mana anda berada. Kalau alamat rumah atau alamat pejabat tu lagi bagus sebab penghantaran akan di lakukan ke alamat tersebut. Mcm Mahamahu ni duduk kat Bukit Jalil so masukkan lokasi Bukit Jalil dan nanti lepas tu akan keluar senarai tempat makan yg berhampiran anda. Mcm tempat Mahamahu ni ada dua pilihan iaitu PapaJohn Pizza dan juga Canadian Pizza.


Kalau tempat lain tu banyak lagi jenama restoran dan makanan yg popular termasuk lah fast food seperti pizza ini. Antara jenama restoran ada dalam FoodPanda ni seperti TGI Friday, Old Town White Coffee, Sakae Sushi, Starbuck, Chatime, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi. Makanan melayu ada, makanan western ada, makanan mamak pun ada. Tapi pastikan lokasi and betul kerana ia akan memaparkan restoran paling dekat dengan lokasi anda.


Lepas buat pilihan restoran dan juga jenis makanan nanti anda akan buat pengesahan alamat untuk penghantaran. Mcm Mahamahu buat ni hehehe mudah jer dan lepas tu anda akan dapat email pengesahan tempahan anda atau dpat sms untuk mengesah penghantaran. Tak perlu buat pembayaran online boleh byar semasa makan sampai ke rumah anda. 


Mudah dan cepat masa penghantaran dalam 1 jam jer tak lama kalau dah perut lapo and malas kuar mcm Mahamahu ni memang FoodPanda ini membantu sangat2. Tiada cas extra pun kadang2 FoodPanda ini pun ada buat promosi daripada restoran2 yg berdaftar di dalam FoodPanda ni. So mudah sangat nak semak dan buat tempahan. 


Kalau yg ada telephon pintar tu lagi mudah boleh muat turun applikasi FoodPanda dalam phone Andriod atau iOS anda. Semua percuma dan tempahan boleh di buat di mana2 sahaja lokasi anda berada. Tapi buat masa ini hanya bandar2 besar seperti Kuala Lumpur, Penang, Ipoh, Johor Baharu dan Melaka yg ada dan akan di kembangkan di masa akan dtg untuk lokasi lain.


Lepas ni Mahamahu akan beli online lagi makan untuk mudah dan cepat. Kawan2 pun boleh cuba mudah jer tak banyak step pun. Lepas ni tak perlu lah kuar jauh2 dan bayar parking untuk beli makanan kat luar. Semua ada secara online di jari anda... Selamat membeli belah....