Chartz Air Janda Pulang Special Di ParkRoyal Ramadhan Buffet

Chartz Air Janda Pulang Special Di ParkRoyal Ramadhan Buffet -  Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buffet ramadhan kali ini Mahamahu nikmati juada kampung special di kotaraya Kuala Lumpur. ParkRoyal Kuala Lumpur memberi menu makanan khas buka puasa bermula dari 29 Jun sehingga 27 July dari pukul 7.00pm hingga ke 10.30pm. Kalau sebut hidangan kampung pasti tidak lari daripada masakan seperti kerabu, gulai kawah, satay, ikan panggang, ayam percik dan nasi briyani.


Menu special kat sini yg sempat Mahamahu nikmati adalah Beriani Tanam Daging iaitu nasi briyani dimasak dengan daging kambing di dalam nasi dan di hidang bersama acar buah, dhalca dan juga papadom. Untuk makan nasi ni di sertaka lauk pauk kampung yang enak2 belaka seperti Telor Ikan Kari Terong, Udang Galah Goreng Mamak, Ikan Duri Masak Berlada, Tempe Kacang Panjang Berlada, Ikan Masin Lemak Nenas, Rendang Paru dan Hati dan Ayam Perchik Iftar.

Nasi Beriani Tanam Daging
 
Telor Ikan Kari Terong

Udang Galah Goreng Mamak

Ikan Duri Masak Berlada

Tempe Kacang Panjang Berlada

Ikan Masin Lemak Nenas

Rendang Paru

Ayam Percik Iftar

Selain tu juga tak sah kalau hidangan buffet ramadhan tak sah kalau tak ada satay. Kat sini ada KL Satay iaitu satay ayam dan daging bersama dengan nasi impit, bawang dan timun. Untuk menu kerabu pula kat sini tersedia pelbagai jenis kerabu antaranya adalah Umai Ikan, Kerabu Jelatah, Kerabu Ayam, Kerabu Soo Hoon Berudang dan Kerabu Pucuk Paku.

Kerabu Jelatah

Kerabu Ayam

Kerabu Soo Hoon Berudang

Kerabu Pucuk Paku

Umai Ikan

Bagi hidangan pembuka selera di hidangkan dengan sup kampung yang special. Terdapat pelbagai jenis sup seperti Sup Tulang, Sup Kambing, Sup Daging, Sup Ayam, Sup Ekor bersama dengan roti, bawang goreng, daun sup san sambal kicap. Ini membuka selera sangat bila makan tapi jgn ambil banyak nanti kenyang sebab banyak lagi nak makan ni.


Bagi melengkapkan lagi buffet ramadhan di ParkRoyal ini mereka juga menyediakan menu lain di bahagian bakar. terdapat ikan bakar boleh anda pilih untuk masak secara live depan anda. Banyak ikan boleh pilih dan juga pelbagai jenis sos untuk di makan bersama ikan bakar. 

Ikan bakar

Selain tu juga ada bahagian mee yg melengkapi buffet ramadhan ini. Banyak jenis mee yg ada seperti Mi Rebus dengan mee wanton atau mee kuning atau mee hoon. Di bahagian makanan laut segar juga di hidangkan untuk anda yg suka makan tiram bersama perahan lemon, ada udang dan juga kupang rebus bersama beberapa jenis sos.

Mee Rebus

Pasembok
 
Makanan Laut

Bagi mengakhiri hidangan makan buffet ramadhan di ParkRoyal ni pastinya ada pencuci mulut khas hidangan kampung. Banyak sebenarnya dessert terdiri daripada kuih-muih kampung iaitu Kuih Lapis, Kuih Cara Berlauk, Lepat Ubi, Kuih Seri Muka, Kuih Bakar Pandan, Lemang dan juga ketupat palas. Tapi yg menarik hati Mahamahu iaitu minuman penyegar badan yg di beri nama Chartz Air Janda Pulang. Ini adalah merupakan minuman air kelapa bersama dengan gula melaka. 



Kalau nak makan buah-buahan juga ada bagi menyucikan mulat dan perut setelah kenyang makan. Kalau nak yg sejuk lagi ada aiskrim yg pelbagai perisa untuk pencuci mulut. Buffet ramadhan ParkRoyal tak mahal pun mampu di nikmati semua peringkat umur. Bermula dari harga RM125 nett untuk dewasa dan RM62.50 nett bagi kanak-kanak. Bagi pakej untuk tempahan melebihi 20 org akan dpat promisi 30%.

Untuk tempahan dan juga maklumat lanjut boleh hubungi terus ParkRoyal seperti di bawah:-

Tel : 03 - 2147 0088 ext 6350
Email : chatz.prkul@parkroyalhotels.com