Buffet Ramadhan,

Buffet Ramadhan PICC Bertema Hidangan Tradisi Warisan Budaya

Isnin, Jun 30, 2014 Mahamahu 4 Comments

Buffet Ramadhan PICC Bertema Hidangan Tradisi Warisan Budaya - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pakej buka puasa di PICC Putrajaya kali ini hanya RM80.00 untuk dewasa dan RM40.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Buffet Ramdhan bermula dari jam 6.30petang hingga 10.30malam. Namun pada minggu pengenalan dari 30 Jun hingga 6 Julai, pengunjung akan menikmati buffet Ramdhan ini dengan diskaun 10%.



Masih mengekalkan hidangan tradisi dimana kebanyakan makanan adalah hidangan yg di sediakan sendiri oleh barisan chef yg profesional. Di antara menu yg ada di sana adalah seperti Gulai Tunjang, Briyani PICC, Kambing Panggang, Ayam Panggang, Rendang Paru, Sambal Goreng Jawa, Ayam Gulai Nangka dan Gulai Daging Pisang Muda.

Gulai Daging Pisang Muda

Gulai Tunjang

Rendang Paru

Ayam Gulai Nangka

Buffet kali ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti "Pembuka Selera", "Sup Masyuk Berasap", "Gerai Utama PICC", "Mangkuk Panas", "Kawah Berapi", "Sejuk Badan", "Kebun Buah Pak Rusmie" dan "Dahaga". Semua bahagian ini tersedia dalam set buffet Ramadhan di PICC dan semua di sediakan segar dan terbaik oleh chef2 PICC.

Briyani PICC

Briyani Kambing

Ikan Bakar
 

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Sambal Goreng Jawa

Ikan Asam Pedas

Sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, PICC turut menyediakan pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk berbuka puasa. Kat sini Mahamahu kalau dtg mesti try bubur jagug dan juga bubur Pulut Hitam terbaik. Selain tu juga ada bubur Kacang Hijau Durian, Pengat Pisang, Bubur Cha Cha, Bubur Gandum, Bubur Lambuk PICC dan Pengat Labu.

Pecal

Kerabu Mangga

Nasi Kerabu

Sayur Goreng

Acar Sayur

Tapi lain nya berbuka puasa kat sini bukan setakat dapat makan yg sedap2 tetapi juga pihak PICC mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah duit raya sehingga RM3000. Manakala hadiah barangan bernilai sehingga RM10,000 seperti TV LED 40' dan telefon pintar Samsung Note 3 dan banyak lagi. Sekiranya anda makan buffet Ramadhan di PICC secara automatik akan layan untuk sertai cabutan ini dan keputusan akan di umumkan pada minggu pertama bulan Syawal di laman Facebook PICC.







Selain tu juga, ada lagi special berbuka puasa di PICC Putrajaya ini untuk tahun ini. Tetamu yg dtg akan di hiburkan oleh seorang penghibur tanah air yg popular iaitu Rosma AF setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Sambil makan bukan sahaja dpt hadiah malah dpt berhibur lagi mana nak cari hanya ada kat PICC Putrajaya. Buat tempahan anda sekarang selagi masih di buka.


Bagi syarikat atau mana badan yg mahu menganjurkan majlis berbuka puasa secara exclusive boleh buat tempahan di PICC Putrajaya dengan harga tawaran istimewa. Bagi Pakej Ramadhan Exclusive ini di sediakan di hall2 yg ada di PICC ini dan hidangan juga special lain dari tetamu lain. So anda boleh buat tempahan sekarang dengan berhubung sperti di bawah.

PICC PUTRAJAYA
Tel : 03 - 8887 6000
Email : kumari.nahu@picc.com.my






4 ulasan:

  1. Makanan memang kelas punya. :)

    BalasPadam
  2. semalam sempat makan di depalma hotel. makan sodap, jgn tinggal terawaih sudah.. studioous.blogspot.com
    facebook.com/nortacollection

    BalasPadam
  3. Sedapnyaaaaaaaa...
    Banyaknya makanan....
    Terkeliur tgk blog maha tghr nie.. :)

    BalasPadam