Buffet Ramadhan,

Buffet Ramadhan Dengan Hidangan Dari 9 Buah Negara di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Jumaat, Jun 13, 2014 Mahamahu 0 Comments

Buffet Ramadhan Dengan Hidangan Dari 9 Buah Negara di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau sebelum ini banyak buffet Ramadhan menyediakan hidangan Melayu tradisional semata2. Tapi kali ini Mahamahu dapat merasai sendiri hidangan special daripada 9 buah negara Asia Tengah, Asia Tenggara dan juga Asia Barat. Itulah yg ada di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie untuk special hidangan buka puasa.

Roast Lamb bersama Mandy Rice

Bermula 29 Jun 2014 sehinggalah menghampiri Hari Raya buffet Ramadhan ini di sediakan buat tetamu yg hadir di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. 9 buah negara yg di maksudkan adalah seperti Morocco, Lebanon, Turkey, Italy, India, Thailand, Vietnam, China and Indonesia. Special sangat kat sini Mahamahu sendiri rasa teruja dan tempat makan pun bukan calang di luar kawasan hotel dan kelilingi kolam renang, nak tgk rupa mcm mana boleh layari http://holidayinnglenmarie.com.

Lamb Tagine

Hidangan daripada Indonesia adalah daripada daerah Jawa yg di beri nama Pulut Kuning bersama Daging Gulai Kawah. Bagi hidangan Turkey pula di beri nama Roast Lamb bersama dengan Mandy Rice.

Pulut Kuning bersama Daging Gulai Kawah

Dari negara Lebenon pula hidangan di beri nama Hummus with Garlic Pita Bread dan dua hidangan lain iaitu Baba Ghannouj dan Fattoush. Mahamahu pun tak tahu apa makna nama ini tapi semua makanan di hidangkan semua sedap dan membuka selera. Manakala hidangan Morocco di beri nama Sharwarma Chicken dan Lamb Tagine

Sharwarma Chicken
Baba Ghannouj
 
Fattoush
Hummus with Garlic Pita Bread

Hidangan dari negara China pula Pumpkin Hakka Abacus iaitu sejenis makanan di goreng bersama dengan rempah ratus special. Bagi hidangan Itali pula pasti ramai tahu Homemade Spinach Crab Ravioli, ini memang Mahamahu suka dan makan banyak kali hehehe sedap.

Pumpkin Hakka Abacus

Homemade Spinach Crab Ravioli

Chicken Sugar Cane dan Pho Bo Vietnamese Noodle pula adalah hidangan sepcial dari negara Vietnam. Murgh Tawa Masala dan Hyderbad Briyani pula hidangan special dari daerah Chennai India. 

Chicken Sugar Cane

Hyderbad Briyani

Murgh Tawa Masala 

Semua hidangan ini di sediakan special daripada chef2 yg cukup hebat di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Chef Syah Rizal Ahmad, Chef Mohd Hanif dan Chef Zaidi Mohammad adalah 3 org chef di pertanggungjawabkan untuk menyediakan semua hidangan ini. Bagi harga pula kat sini tak banyak beza dengan tempat lain malah ada diskaun untuk tempahan awal.

  1. Tempahan awal sekarang hingga 16 June 2014 : RM90++
  2. Belian pada hari pertama hingga hari ke 7 puasa : RM100++ Dewasa / RM70++ Kanak-kanak dan Warga Emas
  3. Belian pada hari ke 8 : RM110++ Dewasa / RM80++ Kanak-kanak dan Warga Emas 
  4. Belian pada 15 July (Nuzul Quran) : RM90++ Dewasa / RM60++ Kanak-kanak dan Warga Emas



Untuk tempahan anda boleh hubungi talian 03 - 7802 5245 atau email dining@holidayinnkl.com.my.

Website : www.holidayinnglenmarie.com 







0 Pandangan: