Buffet Ramadhan,

Berbuka Puasa di TONKA BEAN Impiana KLCC Hotel

Ahad, Jun 29, 2014 Mahamahu 0 Comments

Berbuka Puasa di TONKA BEAN Impiana KLCC Hotel - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini satu lagi lokasi yg agar exclusive dan mewah untuk anda nikmati majlis berbuka puasa. Bertempat di Impianan KLCC Hotel memang memukau jiwa yg dtg nak buka puasa dengan suasana luas dan tenang, tambah2 tgk hidangan yang banyak ada lebih 200 jenis menu yg ada di sana.


Pakej berbuka puasa di TONKA BEAN Cafe ini adalah bermula RM118++ untuk seorang dewasa, bermula dari tempoh 29 June 2014 hingga 27 Julai 2014. Manakala bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pula harga bayaran buffet Ramadhan RM59++ seorang. Bagi anak-anak di bawah 6 tahun pula adalah percuma. Kalau nak harga promosi beli 3 hari awal atau 3 hari akhir tempoh ini akan dpt harga tawaran RM108++ untuk seoarang. Buffet di buka dari pukul 6.30ptg sehingga 10.00mlm.

Nasi Beriyani Gam Ayam

Nasi Tomato

Sambal Sotong Petai
 
Pucuk Manis Masak Lemak

Seperti biasa menu untuk berbuka puasa tahun ini kebanyakan bertemakan masakan Melayu. Kesemua menu yg di sediakan di TONKA BEAN Cafe ini di masak oleh Chef Ali. Jom kita tgk satu2 masakan yg ada di dalam set buffet Ramadhan di Impianan KLCC Hotel.

Acar Buah

Kerabu Kerang

Acar Rampai

Mula kita mula dengan pembuka selera dengan hidangan Salmon Gravlax, Keropok Udang, Keropok Ikan, Papadum, Acar Buah, Acar rampai, Kerabu Kerang, Kerabu Mangga dan Telur Masin. Manakala ada sup special kat sini iaitu Soup Ayam Berempah dan Gear Box Soup.

Sup Gear Box

Anika Kari Makanan Laut

Daging goreng Berlada

Ayam Goreng Berempah

Bagi makanan berat pula terdiri daripada Nasi Beriyani Gam Ayam, Nasi Tomato, BBQ whole Lamb, Ikan Bawal masak Tauchu, Sambal Sotong Petai, Ayam goreng BBQ, Roast Beef, Kepak Ayam Panggang Madu, Pucuk Manis Masak Lemak, Stir Fried Ginger Beef, Daging goreng Berlada, Chili crab dan Salted Prawn.


Satay Daging dan Satay Ayam

Bagi makan Melayu tradisional juga di sediakan sperti Lemang, Ketupat, Serunding ayan dan daging, Satay ayam dan juga satay daging. Semua ini di sediakan khas untuk berbuka puasa dengan rasa masakan trasidional Melayu.

Salted Prawn

Ketam Masak Beralda

Stir Fried Ginger Beef

Salmon Gravalax

Oyster, Prawns & Mussel On Ice

Seafood Grill


Sebelum mengakhiri buffet Ramadhan semestinya ada pencuci mulut yang terdiri daripada 18 perisa aiskrim daripada Baskin Robbbins tersedia untuk semua tetamu. Selain itu juga, kuih muih tradisional Melayu juga menjadi sebahagian daripada menu pencuci mulut.


Bagi melengkapi hidangan buffet Ramadhan ini pastinya hidangan buah-buahan segar dari ladang terus kepada tetamu yg dtg. Semua buah-buahan yg masih dalam keadaan asal dan bila perlu baru di kupas untuk anda. Banyak pilihan buah-buahan paling best ada Durian dan buah-buah lain seperti Manggis, Rambutan, Pisang Emas, Cempedak, Langsat, Salak dan buah-buahan potong juga.


Lagi untuk makan kat sini kerana untuk 1000 pelanggan utama yg membuat tempahan buffet Ramadhan di sini akan menerima voucher pengurangan harga tiket sebanyak RM5 untuk masuk ke Aquaria KLCC. Manakal 5000 yg pertama juga akan menarima voucher pembelian RM10 di laman HIJAB2GO.com. So apa tungu lagi jom berbuka puasa di Impiana KLCC Hotel pasti meriah dengan makan dan promosi hebat. Selamat menjamu selera....

Tempahan atau maklumat lanjut boleh berhubung seperti di bawah:-

TONKA BEAN CAFE IMPIANA KLCC HOTEL
Tel : 03-2147 1111 ext 3034 or 3035 / 3320
Laman Web : www.impiana.com
Email : info.klcc@impiana.com









0 Pandangan: