Apakah Jam Tangan Pilihan Anda?

Apakah Jam Tangan Pilihan Anda? - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalin. Baru lepas bulan sambutan hari ibu dan kita bakal sambut pula hari bapa bulan Jun ini. Apa plan anda untuk hadiah kepada ibu dan bapa anad? Mahamahu rasa mungkin boleh beli jam tangan untuk meraikan ibu bapa kita. Selain tu juga boleh bagi hadiah special untuk insan tersayang.

 
Mahamahu ada beberapa jenis jam tangan yg boleh di cadangkan kepada anda untuk di jadikan hadiah atau juga di beli untuk kegunaan sendiri. Bagi sesetengah org jam tangan adalah satu aksessori yg wajib ada pada setiap org. Bagi Mahamahu tak salahkan kalau sekali sekala kita beli jam mahal yg berjenama dan mahal sikit untuk hadiah kepada insan tersayang atau kegunaan sendiri betul tak.
Analogue, Choronograph dan Digital
Mahamahu bukan nak jadi tokei kedai untuk anda kat sini cuma nak tunjuk andan jam tangan pilihan Mahamahu. Terdapat belbagai jenis jam tangan yg boleh kita pilih mengikut kesesuaian acara, pakaian dan juga situasi kita. Ada jam tangan analogue, choronograph dan digital di pasaran dengan pelbagai design terkini dan sesuai mengikut usia dan kegunaan anda.

#1 Jam Tangan Fashion
Kat bawah ni ada beberapa jenis jam yg boleh anda pilih mengikut citarasa anda sendiri. Jam tangan jenis ini biasanya terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan rekaan tali yang unik. Ia sesuai untuk digayakan apabila ingin keluar bersantai atau menghadiri sebuah parti! Gayakan ia dengan sepasang dress yang comel untuk penampilan yang menawan.

#2 Jam Tangan Casual
Pemakaian jam tangan casual hampir sama dengan fungsi pemakaian jam tangan fashion. Apa yang membezakan kedua-dua stail jam tangan ini adalah rekaan jam tangan casual yang lebih ringkas.  

#3 Jam Tangan Formal
Berikut pula adalah jam tangan formal dimana ia mempunyai rekaan yang elegan dan sesuai untuk anda pakaikan ke pejabat atau ketika menghadiri majlis-majlis rasmi. 

#4 Jam Tangan Sport
Seterusnya adalah jam tangan sport atau lasak. Jam tangan jenis ini merupakan pilihan ideal untuk di pakai ketika ingin membuat aktiviti luar yang lasak atau apabila ingin bersukan. Jam tangan jenis ini biasanya dilengkapi ciri-ciri tertentu seperti stopwatch, timer, alarm dan lain-lain untuk melancarkan proses latihan anda. 

Jadi, apakah jenis jam tangan kegemaran anda? Untuk koleksi jam tangan yang berkualiti dengan tawaran harga yang amat menakjubkan, Mahamahu selalu luangkan masa anda untuk melayari laman web ZALORA Malaysia. Membeli belah kini hanya dihujung jari, mudah, cepat dan senang! Selamat membeli belah ok.....