Makanan,

Aneka Selera Eksotik Ramadhan Di Pizza Hut

Sabtu, Jun 28, 2014 Mahamahu 0 Comments

Aneka Selera Eksotik Ramadhan Di Pizza Hut - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sambutan bulan mulia bulan Ramadhan ini memberi banyak kelebihan kepada semua bukan sahaja org Islam malah kepada yg bukan Islam. Mana tidaknya pada bulan ini juga lah pelbagai promosi hebat untuk hidangan Ramadhan di berikan tidak tertinggal juga Pizza Hut Malaysia. Meraikan bulan Ramadhan mulia ini dengan konsep Aneka Selera Eksotik Ramdhan di perkenalkan kepad umum.


Pizza Hut cukup terkenal dengan pizza yg beraneka jenis dan rasa yg di hasilkan untuk memenuhi kehendak citarasa tempatan. Malah untuk promosi Ramadhan ini juga Pizza Hut mengeluarkan set Pizza Hut Ramadhan di mana iai mengandungi Pizza Asiana. Pizza Asiana adalah pizza dengan ayam Tandoori yg empuk bersama sos tandori, bawang, kapsikum, tomato dan perahan limau nipis di atasnya. Ia membangkitkan seleras tempatan dalam bulan ramadhan ini.


Selain itu juga ada Sajian Asiana iaitu lebih kepada side dish yg mengandungi bebola ayam, jejari ayam berempah, tacos ayam, kek ikan Thai dan salad segar. Ia adalah hidangan pelengkap kepada set Sajian Asiana ini. Menyerikan lagi hidangan ini adalah minuman Zesty Selasih yg special untuk bulan Ramadhan dengan campuran Mirinda Strawberi, selasih dan perahan limau nipis memberi kesegaran kepada minuman ini.



Bagi Set Citarasa Ramadhan 1 menyediakan satu pizza Asiana (saiz sederhana), satu Sajian Asiana dan dua gelas Zesty Selasih pada harga RM39.90. Manakala Set Citarasa Ramadhan 2 pula menampilkan pizza Asiana (saiz besar), satu Sajian Asiana, Roti Bawang Putih dan juga satu jag minuman Zesty Selasih pada harga RM59.90



Bagi memperhebatkan lagi sambutan Ramdhan ini Pizza Hut menawarkan diskaun khas sebanyak 40% untuk hidangan ala'carte dan set makanan promosi Citarasa Ramadhan selepas pukul 9 malam. So lepas buka puasa tunaikan solat Tarawih and lepas tu baru pergi makan pizza lagi dengan harga lebih murah. Bulan mulia pasti di penuhi dengan aktiviti yg mulia maka dengan rasa tanggungjawab Pizza Hut Malaysia akan menyumbangkan 50sen untuk setiap pembelian set Citarasa Ramadhan ini.

Sempat bergambar dengan Maria Tunku Sabri minat dia ni

Jom lepas ni kita makan di Pizza Hut untuk bulan Ramadhan ini kerana harga yg di tawarkan cukup hebat murah dan pastinya sedap. Mahamahu dah cuba and rasa set Citarasa Ramadhan ini dan pasti akan dtg lagi ke Pizza Hut untuk makan pizza dengan promosi hebat ni. Jom selamat menjamu seleras ok....






0 Pandangan: