Makanan,

Siam Coffee And Dining Pilihan Makan Tengah Hari

Selasa, Mei 13, 2014 Mahamahu 0 Comments

Siam Coffee And Dining Pilihan Makan Tengah Hari - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu kali ni jalan2 cari makan lagi kat tempat2 makan yg special dan menarik. Cuma kali ni agak kurang uhmppp sikit mungkin timing salah kot atau pun plan tak berapa nak kena kerana tempat makan yg di pilih ini agak high class sikit. Hehehe tapi tak ada masalah kita nak cuba jer kan bila lagi nak makan. Makanan Mahamahu kali ini bertemakan makanan dari negara Thailand.


Siam Coffee and Dining adalah satu lagi restoran yang boleh anda cuba untuk makan, tapi advice kena standby duit banyak sikit sebab agak expensive bagi org biasa mcm Mahamahu ni hehehe. Nasib ada Groupon tu lah yg boleh Mahamahu makan di Siam Coffee and Dining di Subang Parade Subang Jaya. Kalau pembaca nak dpatkan Groupon ni boleh klik kat banner side menu yg ada kat blog Mahamahu tu adalah tawaran hebat untuk makan di restoran mahal ini hehehe...

 

Apa pun makanan kat sini memang terbaik juga dan sedap. Mahamahu telah pilih beberapa menu yg special dari negara Thailand. Yang pasti mesti ada Tomyam kerana itu wajib makan kat restoran Thailand, yg Mahamahu pilih adalah Seafood Tomyam. Kemudian bersama dengan menu Deep Fried Buttered Squid ini adalah paling sedap iaitu sotong goreng celup tepung dan butter. Mahamahu suka menu ni memang kalau order banyak pun tak apa sedap hehehe.

Seafood Tomyam

 
Deep Fried Buttered Squid

Untuk sayur lak Mahamahu telah pilih Kailan Ikan Masin. Ini pun sedap kerana rasa ikan masin tapi kailan agak keras mungkin sebab kailan tua kot huhuhuhu. Dan last menu pilihan Mahamahu daging yg special masakan Thailand iaitu Thai Style Fried Beef with Chili. Ini pun sedap kerana terasa rempah dan juga daging yg sedap di masak agak rangup. 

Kailan Ikan Masin

Thai Style Fried Beef with Chili

Banana Split

Manakala untuk dessert Mahamahu telah pilih Banana Split hehehe tak sempat nak pilih menu daripada Thailand. Tak apa lah yg penting rasa kat sini semua sedap2 and sesuai untuk makan dengan keluarga atau teman2. So lepas ni sapa nak pergi boleh datang ker Siam Coffee and Dining di Subang Parade Subang Jaya. Jom selamat menjamu selera semua......