Bubur Lambuk,

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Di Menara KL

Sabtu, Mei 10, 2014 Mahamahu 0 Comments

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Di Menara KL - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Diam tak diam dah nak hampir kita dengan bulan Ramadhan bulan seluruh umat Islam berpuasa. Bersempena dengan sambutan Awal Ramadhan 1435H yang bakal menjelma, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan ‘Pertandingan Memasak Bubur Lambuk’, anjuran bersama Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur menjemput semua yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama keluarga untuk menyertai pertandingan memasak Bubur Lambuk yang akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 14 Jun 2014. Acara akan bermula dari jam 7.30 pagi, manakala Bubur Lambuk akan diagihkan secara PERCUMA mulai jam 11.00 pagi. Buat anda yang berminat untuk menyertai pertandingan, sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Jun 2014. 

Maklumat lanjut sila hubungi
Tel : 03-2020 5448  
Laman web : www.menarakl.com.my