EwanaFM,

Pengalaman Pertama Di Konti Radio Mahamahu Dedah Rahsia

Isnin, Mei 19, 2014 Mahamahu 0 Comments

Pengalaman Pertama Di Konti Radio Mahamahu Dedah Rahsia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah makin hari dapat ramai kenalan blogger dan juga kawan2 dari dunia blog. Bila dah kenal maka terjalin persahabatan dan ikan dunia maya hingga ke dunia nyata. Itu lah terjadi kepada Mahamahu baru2 ni kerana baru berkenalan dengan blogger bijak ini terus dapat tawaran dari dia.


Sapa kenal sedara Halim Brother, bukan artis kumpulan nyasid tu tapi nama blog dia Halim Brother. Tak sangka bawaha beliau ini adalah antara blogger yg aktif dalam dunia radio ni. Sapa pernah dgr EwanaFM? Tu adalah radio online yg telah lama wujud kalau nak dgr radio ni secara online dengan layari laman http://ewana.fm.


Dalam EwanaFM ni ada satu segment yang di panggil Hai Blogger yg di siarkan setiap hari Isnin jam 8.00mlm. Halim Brother ni lah telah offer Mahamahu untuk menjadi penyampai jemputan bagi minggu ke 4. Memang terkejut dan seronok sangat sebab firstime dapat tawaran untuk on air di konti radio. Maklumlah tak pernah selalu melalui blog jer kali ni melalui radio dapat dgr suara lagi hehehe. 


Kalau kawn2 nak dgr Mahamahu di EwanaFM hari ini jam 8.00malam ini sahaja. Nak dgr mcm mana gementarnya suara Mahamahu bila dalam konti hehehe. Dalam tu Mahamahu berkongsi cerita tentang tempat makan yang telah Mahamahu review dan juga beberapa rahsia tentang Mahamahu. Kalau nak tahu boleh dgr lah EwanaFM mlm ini jam 8.00mlm. 


Ni adalah pengalaman pertama Mahamahu menjadi penyampai radio tak tahu lah mcm mana gementar juga ni hehehe. Apa pun Mahamahu ucap jutaan terima kasih kepada EwanaFM kerana menjemput Mahamahu untuk segment Hai Blogger dan juga kepada saudara Halim Brother kerana mengoffer Mahamahu memenuhi segment Hai Blogger. Anda juga boleh muat turun apps Hai Blogger di Android and. Jom layan EwanaFM mlm ni dgr Mahamahu ok......







0 Pandangan: