Halal,

Oat & Wheat Rasa Sekali Nak Lagi

Selasa, Mei 06, 2014 Mahamahu 0 Comments

Oat & Wheat Rasa Sekali Nak Lagi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni Mahamahu nak tanya kat korang lah sebab Mahamahu ada termakan satu jenis makanan ni, kawan Mahamahu yg rekmenkan. Mula2 tgk pelik tak pernah rasa tapi bila dah rasa sekali Ya Allah rasa nak lagi lepas tu. Terus mcm ketagih pulak sebab sedap tak terlalu manis and rasa coklat putih memang2 sedap2 rasa.


Makanan yg Mahamahu maksudkan ini adalah Oat & Wheat iaitu sejenis makanan nak kata ringan tapi sihat nak kata makanan berat ia satu makanan diet. So Mahamahu rasa ia memang cukup sesuai untuk org yg tgh berdiet dan mengamalkan makanan seimbang. Makanan ini ada mengandungi oat and juga di campur coklat putih, kalau sesetengah makanan rasa manis tapi yg ni tak manis and sedap di mulut.



Mahamahu tak tahu mana dia org dpt makanan2 ni tapi bila tgk logo ia barang buatan Malaysia and ada logo Halal Jakim lagi. Tu yg menjadikan Mahamahu nak cari kat mana ada jual makanan sihat ini. Sebab Mahamahu ada tgk ramai juga org post kat Facebook and Instagram pasal makanan ni ramai kata tak jumpa nak cari kat pasar raya besar. Tapi mana kawan Mahamahu ni dapat stock, kalau tanya dia memang dia tak jawablah sebab dia niaga barang ni kat office.


Kalau sapa2 tahu kat mana boleh dpt stock Oat & Wheat ni boleh comment atau inbox Mahamahu yer. Bukan nak potong line tapi nak dpt stock yg harga lebih murah and nak beli untuk diri sendiri jer. Kalau beli ngan kawn2 mesti harga dah makup kan hehehehe. Apa pun thanks pada kawn office Mahamahu yg perkenalkan makanan ini terus jatuh cinta. Makanan ni ada dalam berbagai perisa tak silap and bebagai bentuk. So lepas ni boleh makan makanan ini jer kalau malas nak makan tghari hehehe.. Selamat menjamu selera.....