Chines Cuisine,

Makanan Baba Nyonya Di Heritage Village

Ahad, Mei 18, 2014 Mahamahu 0 Comments

Makanan Baba Nyonya Di Heritage Village - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu dpt makan hidangan Baba Nyonya yg juga menjadi sebagaian daripada menu hidangan rakyat Malaysia. Heritage Village menyediakan hidangan Baba Nyonya yang telah di perbaharui namun masih mengekalkan citarasa dan keaslian makanan itu sendiri. Mahamahu pergi cawangan baru buka kat Jaya Shopping Komplek.



Rupa2nya banyak menu hidangan china perakanakan ini dan seakan makanan masyarakat Melayu. Mungkin pengaruh itu telah membawa kepada gabungan dua budaya di situ. Mahamahu telah order beberapa hidangan Baba Nyonya untuk di cuba di sini, antaranya adalah hidangan di beri nama Heritage Baba Plate yg mengandungi semangkuk kari ayam, Udang goreng asam, sayur goreng dan juga sambal belacan. Memang lengkap hidangan ini cukup sedap kalau makan satu plat memang mengenyangkan.

Heritage Baba Plate

Asam Pedas Ikan

Lepas tu Mahamahu order Asam Pedas Ikan ala Baba Nyonya, ini adalah satu lagi hidangan Melayu yg di masak cara peranakan. Asam pedas ini lebih rasa masam dan tidak begitu pedas seperti Asam Pedas Melayu. Di masak dengan ikan pari dan di hidang dengan sepinggan nasi menjadi ia menu yg menarik. Untuk pembuka selera Mahamahu order makanan yg cukup popular bagi kaum cina iaitu Heritage Pie Tee, memang rangup dan bersayur di dalam cukup sedap.

Heritage Pie Tee
 
Otak-otak

Selain itu juga Mahamahu order Otak-otak Penang style ini adalah makanan yg cukup kita gemari bila pergi pasar malam kan. Kat sini otak-otaknya bukan di bakar tapi di kukus sehingga daging ikan masak sempurna bersama rempah ratus yg terbaik. Manakala untuk dessert pula Mahamahu telah pilih dua jenis dessert yang special dan memang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. Apa lagi kalau bukan ABC with Ice-Cream dan juga Cendol.

ABC with Ice-Cream 

Cendol

Kalau makan kat sini mcm2 pilihan kita nak anda juga sesuai dengan selerasa tempatan dari gabungan dua budaya ini. Mahamahu pun firstime makan sini dan dapat rasa kelainan hidangan Baba Nyonya masih terasa. Heritage Village ada 3 cawangan untuk di kunjungi iaitu Paradigm Mall, Solaris Dutamas (Publika) dan juga di Jaya Shopping Komplek. So selamat menjamu selera buat anda semua yg nak cuba ok.....