Fast Food,

Mahamahu Makan Pizza Rasa Itali Hanya di Pizza Hut

Isnin, Mei 05, 2014 Mahamahu 0 Comments

Mahamahu Makan Pizza Rasa Italy Hanya di Pizza Hut - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau kita nak makan pizza yg benar2 rasa Italy memang kita kena ke negara Italy lah sebab kat sanalah negara asal pizza. Tapi sekarang tak perlu pergi jauh2 tu untuk makan pizza ala Itali cuma pergi sahaja kat Pizza Hut mcm mana Mahamahu buat. Murah sedap dan memang rasa asli Itali dengan sepenuh hati untuk di nikmati.


Pizza Hut bulan ini memperkenalkan pizza Nikmati sensasi rasa Itali khas untuk rakyat Malaysia mendapatkan rasa sebenar pizza dari negara Itali. Mahamahu yg pertama kali makan Pizza Rasa Itali ini memang cukup memukau lain daripada yg lain sgt. Bukan sahaja bentuk malah juga bahan2 yang di guna untuk menghasilkan pizza ini memang cukup asli dan bersama cheese yg terbaik.

Romano Chicken Pizza

Tuscan Beef Pizza

Florentine Chicken Pizza

Mahamahu paling suka pizza yg di beri nama Tuscan Beef Pizza dan juga Romano Chicken Pizza kerana datu tu pizza dengan daging yg di salai dan juga yg satu lagi pizza daging ayam. Dalam bentuk yg baru iaitu empat segi panjang pizza rasa Itali ini memang cukup baru dan special daripada Pizza Hut. Satu lagi jenis pizza dalam set pizza Itali ini iaitu Florentine Chicken Pizza ini lagi special kerana ada hirisan buah zaiton di atasnya cukup unik.

Garlic Cream Fettuccine

Pesto Chicken Spaghetti

Selain tu juga ada set spaghetti khas dengan garapan rasa Itali yg lain daripada lain untuk and cuba spaghetti Pizza Hut ini. Garlic Cream Fettuccine iaitu spaghetti dengan hirisan daging ayam dan juga potongan labu yg di letakkan di atas spaghetti ini. Ini adalah yg Mahamahu suka kerana spaghetti dengan kuah carbonara yg di gabung dengan rasa Malaysia menjadikan ia cukup unik. Satu lagi spaghetti yg special rasa Itali di Pizza Hut iaitu Pesto Chicken Spaghetti dengan rasa sedikit pedas dan terbaik juga.

Italiano Bruschetta

Satu lagi menu pembuka selera juga khas daripada rasa Itali yg di perkenalkan dalam set pizza rasa Itali di Pizza Hut iaitu Italiano Bruschetta. Roti bawang putih bersama dengan sos tomato segar yg enak menjadi pembuka selera ini adalah yg terbaik daripada Pizza Hut. Mahamahu sebenar memang suka semua set Itali daripada Pizza Hut ini kerana ia adalah satu kelainan untuk selera kita rakyat Malaysia so memang tak rugi untuk dtg cuba dan terus menikmati set Itali ini.



Pizza Hut juga menawarkan promosi Rasa Itali dalam dua jenis set iaitu Signature Course yang menawarkan 1 pilihan pizza, 1 pilihan spaghetti, 1 hidangan Italiano Bruschetta kesemua dari promosi Rasa Itali dan 2 gelas Pepsi. Kesemuanya pada harga RM32.90 (jimat RM15.20). Ultimate Course pula menawarkan 2 pilihan piza, 1 pilihan spaghetti, 1 hidangan Bebola Daging Mama Mia kesemua dari promosi Rasa Itali, dan 1 jag Pepsi pada harga RM59.90 (jimat RM26.50).


Set ini juga datang dalam bentuk Big Italia Box yg boleh di tempah melalui panggilan ke rumah anda. Set ini datang dalam 1 pilihan pizza Rasa Itali, 1 pilihan spaghetti Rasa Itali, 8 ketul Italiano Bruschetta, 4 ketul drummet New Orleans, dan 2 mangkuk sup harian dan kesemuanya untuk harga yang berpatutan iaitu RM49.90 (jimat RM13.17). So apa lagi tempah sekarang melalui panggilan atau juga online. Mahamahu dah order anda bila lagi jom nikmati Pizza Rasa Itali khas daripada Pizza Hut, selamat menjamu selera...

Tempahan boleh di lakukan di melalui..
Tel : 1300 88 2525
Online : http://phdelivery.com.my