Aktiviti,

Dapur Mahamahu Masak Sayur Goreng Tepung

Rabu, Mei 14, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Masak Sayur Goreng Tepung - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ini Mahamahu nak buat satu masakan sihat yg Mahamahu dapat daripada sebuah restoran. Kalau anda ada baca entry pasal tempat makan sebelum ini ada lah menu masakan sayur goreng tepung ni. Masakan ini adalah masakan daripada sebuah negara Thailand.


Cuma kali ini Mahamahu dah ubah sikit dengan campuran tepung yang Mahamahu buat sendiri. Campuran ini Mahamahu gunakan iaitu Tepung Gandum, Lada Hitam, Garam dan Thyme. Semua adunan ini di campur bersama dengan sedikit air untuk di buat bahan sadur kepada sayur2. 


Untuk sayur-sayuran ini pula Mahamahu pilih beberapa sayur yg boleh goreng tidak pahit dan manis. Antara sayur yg di gunakan seperti Terung, Lobak Merah dan juga Bunga Kubis. Kalau nak guna sayur lain pun boleh seperti Kacang Panjang atau Brokoli atau juga Asparagus. Semua sayur ni memang sesuai untuk di goreng tepung sebab nanti rasa akan manis sayur.



Mudah nak sediakan masakan sihat and kenyang ni hanya potong sayur2 tu mengikut kesukaan anda dan juga celup pada campuran tepung yg di bancuh tadi. Lepas tu goreng dalam minyak yang panas tapi jgn lama agak2 dah garing sikit boleh angkat. Makanan ni sesuai untuk di makan waktu malam dan menjadi makanan diet buat Mahamahu hehehehe. Apa lagi selamat mencuba ok and selamat memasak......