Mahamahu,

Tribute Khas Buat Shabat Azizul Hasimie

Isnin, April 28, 2014 Mahamahu 0 Comments

Tribute Khas Buat Shabat Azizul Hasimie - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Post ini adalah posting khas buat seorang sahabat yang telah hadir dalam hidup Mahamahu. Sahabat susah bersama dan senang bersama. Perkenalan selama 15 tahun menjadikan kau sahabat untuk bercerita segala rahsia. Aku terkejut dan tidak menyangka segalanya berakhir begini.


Kau pergi meninggalkan dunia yang fana ini untuk kembali kepada penciptamu. Seluruh keluarga dan teman redha akan pemerdian mu. Bagi kami kau lebih bahagian untuk berada di sana. Kami irinig doa untuk kau moga Allah tempatkan dikau dalam golongan org yang mendapat rahmat dan beriman di sana.


Kepada semua kawan2 atau sesiapa yg pernah mengenali arwah, Mahamahu mohon untuk mendoakan kesejahteraan arwah di sana. Moga sedikit sedekah doa dari kita akan memudahkan perjalanan arwah di sana. Mahamahu juga memohon halalkan makan minum dan ampunkan segala dosa beliau yang di sengajakan atau tidak. Video ini Mahamahu tributekan buat Allahyarham Azizul Hasimie Osman moga kau tenang di sana.



Maklumat kepada semua yg tidak mengenali Allahyarham Azizul Hasimie Osman beliau merupakan seorang blogger dan menjadi inspirasi kepada Mahamahu dalam dunia blog. Beliau seorang yang peramah dan mesra dengan semua rakan bloggernya. 2 tahun penderitaan yang beliau lalui akibat sakit menjadikan beliau seorang yg cukup tabah. Tapi Allah lebih menyayangi beliau dan pada tanggal 27 April 2014 beliau pergi buat selamanya.


~ Doa Buat Azizul Hasimie Osman ~
Al Fatihah