Halal,

Produk Pepero Dari Korea JAKIM Sahkan Tiada Sijil Halal

Selasa, April 08, 2014 Mahamahu 0 Comments

Produk Pepero Dari Korea Jakim Sahkan Tiada Sijil Halal - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dalam 2 minggu ini Mahamahu selalu terbaca post entry dari rakan2 blogger tentang status halal satu product makanan dari Korea. So kerana nak tahu Mahamahu bacalah salah satu post daripada blogger terkenal ini saudara Hasrul Hassan. Memang mereka ini bukan buat statment suka2 yer mereka betul2 dptkan pengesahan daripada pihak yg berwajib.
Baru2 ini pula pihak JAKIM telah mengeluarkan statment dalam laman sesawang mereka menyatakan bahawa product makanan Pepero dari negara Korea BUKAN pemegang sijil Halal JAKIM Malaysia dan mana2 Badan Persijilan Halal Luar Negara. Kalau nak lebih lanjut boleh baca dari laman JAKIM sendiri seperti yg Mahamahu lampirkan di bawah ni.


Bukan nak jatuhkan atau nak merosakan indstri product dari negara tu tetapi kita sebagai org Islam wajib tahu mana Halal dan mana yg tidak Halal untuk di makan. Mahamahu bukan ustaz tapi kalau bab2 mcm ni kita berkongsi tak salahkan. Jadi info ini akan lebih jelaslah. Lepas ni nak beli kena lah tgk Halal sesuatu product tu bukan kerana kesedapan semata-mata.

Tapi Mahamahu ada baca lagi daripada blog Hasrul Hassan tu menyatakan bahawa pengeluar product Pepero ini tengah berusaha untuk mendapatkan persijilan Halal dari negara Korea. Mengikut mereka bahawa product Pepero ini tidak menggunakan barang haram tetapi product daripada tumbuh-tumbuhan. Apa pun yg pasti biar betul2 dapat sijil Halal dan ada cop Halal baru boleh kita berkata apa2kan. Tidak timbul was-was dalam diri kerana kalau ada was-was lebih baik tidak makan.


Apa pun thanks kepada blogger yg sudi kongsi tentang isu ini dan terima kasih kerana mereka telah ambil inisiatif untuk berhubung dengan pihak berwajib. Tapi Mahamahu ada juga pernah tanya tentang status Halal sebuah restoran daripada JAKIM ni, tapi sampai sekarang masih tak ada jawapan. Mungkin proses nak jawab soalan tu lama sgt kot entahlah. Hanya mereka yg tahu apa kerja mereka. Apa pun selamat menjamu selera ok.






0 Pandangan: