Japanese Cuisine,

Pepper Lunch Restoran DIY Dari Jepun

Khamis, April 24, 2014 Mahamahu 0 Comments

Pepper Lunch Restoran DIY Dari Jepun - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Minggu ni dah mcm minggu makanan dari negara matahari terbit lak, setiap hari ada jer Mahamahu buat review makanan dari Jepun. Kali ni pun review tentang satu lagi restoran makanan Jepun yg unik dan sedap. Pepper Lunch adalah salah satu branch makanan dari negara Jepun yg telah menapak di Malaysia. Mempunyai 2 cawangan restoran serta 3 Kios Express yg membuatkan makanan ini kini menjadi pilihan rakyat Malaysia.


Berkonsepkan Teppan iaitu makanan panas dari dalam plate yang panas di masak segera di hadapan pengunjung yg dtg. Anda hanya perlu menggaulkan makanan yg di sediakan dalam plate panas untuk memastikan makanan ini masak spenuhnya. Tak susah masakan kat sini setiap pengunjung akan dtg dan buat tempahan mengikut set yg ada dan juga akan di hidang separuh masak dalam plate panas dan penunjung yg kena masak makanan itu mengikut kehendak anda untuk makan.


Set di sini ada pelbagai jenis dalam 6 kumpulan utama iaitu Set Pepper Rice, Set Premium Steak, Set Teppan Pasta, Set Sizzling J-Curry Rice, Set Combo Deluxe dan juga Set Chicken Deluxe. Setiap set ini pula ada pelbagai jenis lauk dan juga daging yg boleh di pilih untuk pilihan anda. Kali ni Mahamahu nak promo set Combo Deluxe yg mempunyai tawaran istimewa bulan Mei dan Jun ini. Specialnya set ini anda boleh pilih hidangan Combo Deluxe dan akan di sertakan dengan air dan juga sebiji tumbler dan juga potongan harga sehingga 20%.

Set Salmon & Chicken

Set Chicken Steak & BBQ Beef Yakiniku

Set Burger Steak & BBQ Beef Yakiniku

Memang cukup murah dan cukup hebat. Set2 yg ada dalam Combo Deluxe untuk promosi nanti seperti Set Salmon & Chicken, Set Burger Steak & BBQ Beef Yakiniku dan juga Chicken Steak & BBQ Beef Yakiniku. Set Combo Deluxe ini semua dtg dengan gabungan 2 jenis protein untuk di masak dalam satu plate dan juga setiap set akan di sediakan semangkuk nasi putih. So memang cukup kenyang untuk makan seorang bagi satu hidangan ni. Kalau nak rasa and cuba makanan lain daripada yg lain kat Pepper Lunch ini akan bagi anda variasi rasa yg cukup unik.

Seafood Aglio Olio

Tomato Sauce Pasta With Chicken
 
Pepper Steak

Rib Eye Steak

Black Pepper Chicken with Egg

Teriyaki Double Salmon

Selain itu juga Mahamahu sempat juga testing beberapa lagi set yg ada kat situ antara yg menjadi pilihan utama pelanggan di Pepper Lunch ini adalah seperti Beef Pepper Rice, Pepper Steak, Seafood Aglio Olio dan banyak lagi. Bagi set Sizzling J-Curry Rice rasa kari meraka lain daripada kari di Malaysia di mana kari kita menggunakan santan tapi mereka menggunakan potato sebab tu rasa dalam kari ini ada manis2 dan lebih pekat. Kalau nak cuba set kari kat sini Mahamahu syorkan cuba J-Curry Rice With Seafood. Kalau nak lebih sedap makanan ni mereka ada sediakan dua jenis sos yg unik dan di hasilkan sendiri iaitu Honey Brown Sauce dan Garlic Soy Sauce. Mahamahu suka Honey Brown Sauce memang menjadikan makanan lebih sedap dan lebih umppp...

J-Curry Rice with Double Burger Steak


J-Curry Rice with Seafood


Double Burger Steak With Egg

Selain daripada menu2 makanan ini ada juga side dish lain yg boleh di pilih untuk melengkapi menu utama tadi. Side dish terdiri daripada Wakame Soup, Mini Salad, Mashed Potato dan juga Ice Cream. Semua ini anda boleh add on untuk nikmati rasa makanan yg sedap dan sempurna. Bagi Ice Cream kat sini ada pelbagai perisa yg unik dan sedap antaranya Caramel Kinako, Green Tea, Manggo and Choco Nuts. So untuk minuman kat sini Mahamahu suka sgt minum air Manggo Peach sedap dan like2 rasanya. 

Wakame Soup, Mashed Potato dan Mini Salad

Choco Nuts Ice Cream

So kalau rasa nak ubah selera makanan daripada makanan yg biasa kepada makanan dalam hot plate kat Pepper Lunch adalah tempatnya. Memang tak akan jumpa makanan sebegini dari tempat lain. Boleh kunjungi cawangan restoran yg ada iaitu di Pavillion KL dan juga Sunway Piramid, bagi Kios Express pula boleh dtg ker Mid Velly, Suria KLCC dan 1Utama. Tapi ada sesetengah hidangan tiada di Kios Express ok. Di buka setiap hari dari pukul 10.00pagi hingga 10.00mlm. Dtg time lunch memang cukup ramai org sebab nak rasa kelainan yg ada di Pepper Lunch restoran ini. Selamat menjamu selera......

Laman promosi





0 Pandangan: