Meriah Perasmian Pusat Beli-belah Baru NuSentral di KL Sentral

Meriah Perasmian Pusat Beli-belah Baru NuSentral di KL Sentral - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Untung kita berada di negara yang sedang membangun dan maju dalam menuju arah negara berpendapatan tinggi. Selaras dengan itu pembangunan juga penting untuk memeriahkan lagi industri beli belah di negara kita kepada dunia. Maka dengan itu wujudlah satu lagi pusat beli belah baru di tengah2 kesibukan pengankutan negara kita iaitu NuSentral di KL Sentral.




Seronoklah buat kaki shopping kerana wujud lagi satu lokasi dalam kalendar beli belah mereka di NuSentral ini. Pada 29 March 2014 jam 3.30ptg maka dengan rasminya pembukaan NuSentral kepada umum untuk di lawati. Di rasmikan oleh Datuk Mohamad Salim Fateh Din, Group Managing Director, MRCB dan Datuk Kamalul Arifin Othman, Managing Director & CEO PHB. Dua hari penuh meriah bagi meraikan majlis pembukaan pusat beli belah setinggi 7 tingkat ini denga reka bentuk penuh moden dan istimewa. Mahamahu buat pertama kali jejak ker NuSentral rasa kagum dah cukup istimewa.


Pada hari pertama perasmian iaitu 29 March lepas begitu ramai sekali artis hadir bagi meraikan pembuakan NuSentral. Antara barisan artis popular tanahair seperti Dina Nazir, Azura Zainal, Julie Woon, standup komedian Baki Zainal, artis cilik Mia Sara, kumpulan dance Rejuvenate Dance Crew dan ramai lagi. Memang meriahlah hari pertama terhibur dan juga penonton berpeluang menagn hadiah dan juga dapat beramah mesra dengan artis kesayangan mereka.

 

Tu untuk hari pertama Mahamahu yg dtg pada hari kedua juga lagi meriah dan seronok mana taknya untuk hari kedua iaut 30 March mereka menjemput Top 6 Masterchef Allstar Malaysia. Turut hadir pada hari tu adalah Juara Masterchef Allstar sendiri iaitu sapa lagi kalau bukan Zamir lah. Jadi lagi gamat acara pada hari tu dengan telatah selamba daripada Michel Ang dan juga Abang Brian. Memang benar mereka ni jenis yg mulut laser lah kata org hehehe.


Hari kedua ini penonton di meriahkan dengan pesembahan masakan daripada barisan Top 6 Masterchef Allstar Malaysia. Di bahagikan kepada 2 kumpulan Merah dan Biru melihatkan kehebatan mereka memasak untuk di jurikan oleh penonton nanti. Kalau sapa ada pas hari tu untung sgt sebab dpt makan masakan mereka. 



Paling best kena jadi juri kepada masakan kedua2 kumpulan ini, lagi lah gamat suasana pada hari tu. NuSentral bakal menjadi center untuk kaki shopping di Malaysia bukan setakat mencari barang tetapi untuk mendapatkan makan2 yg hebat2 di sana. Banyak lagi restoran dan juga cafe akan di buka di NuSentral untuk anda nikmati setelah penah membeli belah. Sebab itu mereka adakan pertandinga memasak pada hari pelancaran pembukaan tersebut.



Cuba anda teka kumpulan mana menang pertandingan masak tu? Pastilah kumpulan yg ada juara iaitu kupulan Biru. Mahamahu dan rakan2 blogger lain di beri peluang untuk merasa dan juga menjadi juri kepada mereka tu yg paling best. Lepas habis memasak penonton di beri peluang bergambar dengan keenam-enam peserta Masterchef Allstar Malaysia ini. Apa pun NuSentral yg telah di buka ini menjadi satulah tanda kejayaan negara kita dalam memastikan ekonomi negara tersu berkembang dan memberi peluang kepada semua rakyat membeli-belah dalam suasana mewah.




Mana nak cari NuSentral ini mudah saja kalau kawn2 masuk dalam KL Sental menggunakan LRT, ERL atau KTM nanti bila kat tengan2 tu ada escalator yg menghala ke dalam NuSentral. Cukup mudah nak cari tak perlu naik kereta Mahamahu cadangkan naik public jer cukup senang. So lepas ni tahulah mana nak shopping tempat baru, sebab kat dalam tu dah ada beberapa kedai telah buka. Jom kita pergi shopping........

Maklumat lanjut berkaitan NuSentral boleh layari laman informasi mereka seperti di bawah:-

Laman web : http://www.nusentral.com.my
Facebook : www.fb.com/NUSentral







0 comment... add one now