Mahamahu,

Mai Mai 'Mama Mia Pizza' Di Chatz Brasserie Parkroyal KL

Isnin, April 07, 2014 Mahamahu 0 Comments

Mai Mai 'Mama Mia Pizza' Di Chatz Brasserie Parkroyal KL - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak ajak anda untuk makan Pizza tapi bukan lah kat Itali ia adalah di Chatz Brasserie Parkroyal KL. Chatz Brasserie adalah salah satu cafe yang terdap dalam Hotel Parkroyal di Jalan Sultan Ismail betul2 depan dengan Sungei Wang Plaza. 



Kali ini special adalah promosi untuk Mama Mia Pizza yang di sediakan oleh chef profesional yang ada di Chatz Brasserie. Mama Mia Pizza hanya di hidangkan pada hari Khamis setiap minggu dari pukul 6.00ptg hingga 10.00mlm. Lagi best harganya hanya pada RM49 nett dan bersama dengan Salad Bar dan Soup. Mcm mana Mama Mia Pizza ini di buat dan and juga boleh mencurah idea untuk menghiasi topping pizza kegemaran anda spcialkan.


Anda tgk sahaja form yang di sediakan di Chatz Brasserie ini di mana anda boleh pilih sendiri source dan juga topping pizza kegemaran anda. Terbahagi kepada 6 bahagian utama topping pizza anda boleh pilih sebanyak mungkin jenis yg anda kehendaki. Bermula dengan topping From the Sea iaitu jenis protin yg anda mahu letak di atas pizza anda. Ada udang, salmon, ketam, tuna dan bermacam2 lagi.



Bagi yg tak makan makanan laut boleh pilih bahagian From the Land pula iaitu bahagian yg menyediakan protin di darat seperti daging lembu, ayam, Turkey, satay ayam, telur dan mcm2 lagi. Boleh campurkan antara laut dan darat kalau anda mahu kerana pizza ini adalah pizza anda. Selepas itu pula untuk tambah vitamin dari sayur-sayuran bahagian From the Farm adalah sayur segar untuk anda letak di atas pizza. Ada cendawan, tomato, bawang, nenas dan mcm2 lagi pilihan.





Part paling hebat dalam hidangan pizza adalah bahagian cheese nya. Kat sini bahagian From the Dairy adalah tempat untuk anda pilih cheese topping pilihan anda seperti Mozzarella, Cheddar, Blue Cheese dan mcm2 lagi. Kemudian and boleh letak From the Garden sebagai pelengkap iaitu seperti Basil, Oregano, Dill dan Chili Flakes kalau anda nak pizza lebih hot and spice. Last bahagian paling penting juga iaitu Sauce dimana bahagian menentu kesedapan pizza anda, ada pilihan seperti tomato coulis, cream, peanut dan byk lagi.

 


Jadi anda boleh letak kesemua bahan2 ini mengikut kesukaan anda sendiri tak ada batasan. Saiz pizza yg di sediakan adalah kuantiti yg sesuai untuk seorang makan memang best and sedap. Mahamahu dan juga rakan2 blogger lain yg di beri peluang untuk pilih pizza sendiri memang mcm2 lah kami campur. Boleh tgk sendiri kalau nak rasa western atau rasa tradisional pun ada. Rasa tradisional ni rasa satay bersama kuah kacang satay sedap tau. 





Jadi kalau anda nak dtg boleh dtg setiap minggu hanya hari Khamis dari jam 6.00ptg di Chatz Brasserie Parkroyal KL. Lagi best sebenarnya anda juga yg makan pizza kat sini boleh dapat satu pizza percuma untuk di bawah pulang, bestkan. Kalau anda nak buat tempahan boleh terus menghubungi mereka seperti informasi di bawah. Selamat menjamu selera daripada Mahamahu......

Email : chatz.prkul@parkroyalhotels.com
Tel : 03 2147 0088