Kuriya - Nikmati Hidangan Dapur Bangsawan Negara Jepun

Kuriya - Nikmati Hidangan Dapur Bangsawan Negara Jepun - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Mahamahu nak bawa anda ke satu lagi dunia makanan yg cukup unik dan tradisional dari negara matahari terbit. Sebut Kuriya mesti ramai dah tahu ia adalah hidangan esotik dari negara Jepun. Kuriya yang membawa maksud Dapur Bangsawan adalah satu2nya restoran yg mengetengahkan makanan khas untuk golongan bangsawan di Jepun.


Tapi kini di Kuriya semua golongan dan masyarakat boleh nikmati makanan bertaraf hidangan bangsawan ini. Menitik beratkan hidangan tradisional yang cukup popular di negara Jepun, Kuriya kini telah mula menapak di Malaysia pada penghujung 2013 dengan cawangan pertama di Bangsar Shopping Center. Dekorasi dalaman yang terbahagi kepada 3 konsep utama iaitu "The Al-fresco", The Garden dan juga The Dinning Hall tetamu boleh memilih untuk menikmati hidangan mereka dengan suasana yg cukup berbeza.


Mahamahu buat pertama kali dtg ker Kuriya ini dan makan makanan tradisional Jepun yang memang special dimana ikan dan juga bahan2 mentah di bawa segar dari negara tersebut. Mahamahu tak tahu nak makan apa kalau pergi restoran Jepun ini tapi jgn risau kerana menu2 di sini di serta dengan penerangan untuk memudahkan anda mengetahui bahan2 yg di guna pakai dalam hidangan tersebut. Tak jadi masalah kerana mereka mengutamakan pelanggan yang dtg.

Seiro Edamame Mushi

Mahamahu di perkenalkan oleh pengurus besar restoran ini Mr Frankie untuk beberapa hidangan signature yang cukup popular di negara Jepun. Selalu kita kalau makanan Jepun mesti ingat Sushikan tapi kat sini mcm2 ada daripada pembuka selera sehinggalah pencuci mulut memang makanan tradisional Jepun. Pertama sekali Mahamahu di perkenalkan dengan makanan ringan iaitu Seiro Edamame Mushi, ia adalah sejenis makanan kacang soya hijau yang di kukus dan enak di makan begitu sahaja.

Jikasei Tofu

Selepas itu, Mahamahu makan Jikasei Tofu iaitu tofu yang di buat sendiri oleh chef profesional dengan di makan bersama rumpai laut dan juga wasabi. Makanan pembuka selera ini memang cukup simple dan unik bagi Mahamahu yg pertama kali makan. Selain itu juga, kami di perkenalkan dengan makanan Yaki Ebi iaitu seakan-akan Dim Sum yg di penuhi dengan daging udang dan Potato Mochi iaitu kentang yang di penyek dan di gumpal menjadi bebola besar yang goreng rangup di luar dan enak di dalam.

Yaki Ebi

Potato Mochi

Tu baru sikit yg Mahamahu makan memang cukup unik dan pelik tapi sedap dan ada rasa tersendiri. Kalau dtg kat Kuriya tak makan makanan Jepun sebenar rugilah kan, so untuk makan utama pula kami di perkenalkan dengan Soft Shell Crab Salad iaitu salad segar bersama dengan ketam goreng tepung yang rangup dan enak. Itu Mahamahu suka sebab makan salad dan ketam memang terbaik. Selepas itu, kami di hidangkan dengan menu utama iaitu Sashimi Mori Utage dan Salmon Ikura Carpaccio. Ini adalah makanan mentah yang di sediakan dengan potongan yg cantik bersama dengan perahan lemon dan juga potongan sayur segar. 

Soft Shell Crab Salad

Sashimi Mori Utage dan Salmon Ikura Carpaccio

Dalam Sashimi Mori Utage ini ada berbagai daging segar seperti Salmon, Landak Laut, Udang dan mcm2 lagi. Ni makanan satu set yang di sediakan oleh chef profesional iaitu Chef Nakagawa Takahiro yg di terbangkan dari Jepun. Hidangan Jepun ini sebenarnya menekankan kesegaran makanan dan juga teknik pemotongan itu yg menjadikan makanan ini cukup unik dan sedap. Mahamahu pertama kali makan memang terasa kelainan pada dua hidangan ini.

Ika Teriyaki or Sioyaki

Pada yg kurang makanan mentah ini boleh juga buat pilihan makanan yang di grill seperti Ika Teriyaki or Sioyaki iaitu sotong segar yang di panggan bersama dengan sauce Teriyaki. Kalau nak yg dtg dengan set pun ada mcm2 lagi makanan laut yg segar2 boleh di sediakan dalam grill ini. Selain itu juga makanan seperti Dragon Roll iaitu mcm shusi ini memang sedap dengan ada isi udang dan avocado bersama sauce pedas menyelerakan sgt. 

Dragon Roll

Pada yg nak cuba makanan berasaskan mee pun ada kat sana, biasalah makanan Jepun tak lari daripada makanan mee. So Mahamahu di berikan Seiro iaitu mee Soba sejuk yang di makan bersama dengan sauce dalam keadaan sejuk. Memang pelik tapi boleh tahan juga mee ini untuk mereka yg nak cuba boleh. Memang puas hati kalau dtg makan kat Kuriya Bangsar Shopping Center ini, memang rasa makanan Jepun asli dan juga suasana negara matahari terbit tesebut.

Seiro

Kalau nak cari restoran ini senang jer dalam Bangsar Shopping Center tingkat 3 naik lif terus tingkat 3 dan akan jumpa Kuriya Japanese Restaurant. Mahamahu syorkan anda dtg untuk makan kat sini kerana ia memberikan anda makanan Jepun yg betul2 rasa masakan Jepun yg sedap dan unik. Tak perlu nak pergi sampai ker Jepun kat Malaysia pun dah ada di bawa khas lagi chef daripada negara Jepun. So selamat menjamu selera pada semua ok.....

Waktu operasi : 11.30pagi -  11.30malam





0 comment... add one now