Blogger,

Giveaway Best Malaysian Food Photo Dari Hasrul Hassan

Rabu, April 09, 2014 Mahamahu 0 Comments

Giveaway Best Malaysian Food Photo Dari Hasrul Hassan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu nak buat GA tak mampu promote org nya GA lah ye hehehehe. Kali ni seorang lagi blogger otai buat satu contest untuk mencari gambar makan yg terbaik. "Giveaway Best Malaysia Food" tu lah nama contest tu, mudah dan berkaitan dengan Mahamahu juga iaitu contest gambar makanan terbaik di Malaysia.


Menurut Hasrul Hassan tuan punya blog ini contest ini adalah untuk mempromosi page Best Malaysian Food di Facebook. Dalam page tu nanti akan ada banyak gambar makanan yg sedap2 di Malaysia bersama dengan lokasi dan juga sedikit review daripada mereka yg pernah menikmati makanan tersebut. Bagus juga idea beliau kan lepas ni lebih banyak lagi tempat rujukan makanan terbaik di Malaysia.

Mahamahu tertarik nak sertai contest ni sebab Mahamahu ada byk gambar makanan untuk di kongsi dengan rakan. Tapi ada syarat untuk gambar yg hendak di hantar untuk sertai contest ni. Kalau nak tahu boleh baca kat bawah ni antara syarat2 gambar yg layak untuk masuk bertanding.
  1. Pertama sekali semua peserta mesti LIKE page Best Malaysian Food.
  2. Sediakan gambar makanan/juadah/menu berkualiti terbaik (saiz minima 680px X 500px) milik sendiri TANPA WATERMARK.
  3. Sertakan bersama nama makanan/juadah/menu, lokasi makanan tersebut boleh ditemui.
  4. Sediakan satu review pendek tidak lebih daripada 50 patah perkataan untuk beri deskripsi berkaitan makanan tersebut.
  5. Dah sediakan butiran di atas, hantar dan kongsikan di ruangan page Malaysian Best Food ATAU kongsikan di wall facebook anda bersama dengan tag @bestmalaysianfood , jangan lupa tulis info yang telah saya sebutkan tadi - nama makanan, lokasi, serta review pendek.
  6. Tarikh tutup adalah 24 April 2014 (20 hari)
Contoh gambar makanan bersama review simple dari anda

Mudah bukan nak sertai GA ni tak byk pun yg penting gambar kena original milik sendiri dan bukan di copy paste dari mana2 blog org lain ok. Hadiah yg di tawar pun tak kurang hebatnya. Bukan calang2 tu diskaun percutian ok. Nak tahu hadiah2nya boleh tgk kat bawah ni mesti lepas baca memang nak join GA ni kan.
  1. 1 x 1 Baucer Diskaun 60 Peratus Penginapan di Suria Service Apartment Hotel, Bukit Merah, Perak  + Hands-On Coaching SEO Blogspot One to One bersama saya
  2. 1 x 1 Baucer Diskaun 50 Peratus Penginapan di Langkawi Lagoon Resort, Langkawi, Kedah
  3. 1 x 1 Baucer Diskaun 50 Peratus Penginapan di Taiping Golf Resort, Taiping, Perak
Apa mcm rasa nak sertai tak apa lagi jom layari blog Hasrul Hassan untuk sertai contest ini dan juga dapatkan lagi maklumat yg lebih detail di sana. Sama2 kita meriahkan dunia makanan di Malaysia ini keran kita memang di kenali sebagai negara paling banyak makanan. Jom selamat menjamu selera.....







0 Pandangan: