Mahamahu,

Generasi Ke 5 Samsung Galaxy S di Rasmikan Di Malaysia

Selasa, April 01, 2014 Mahamahu 0 Comments

Generasi Ke 5 Samsung Galaxy S di Rasmikan Di Malaysia -  Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai tak sabar nak menantikan kemunculan telephone pintar generasi baru daripada pengeluar telephone popular di Malaysia iaitu Samsung. Kini tiba generasi ke 5 dalam keluarga Samsung untuk di nikmati oleh rakyat Malaysia iaitu Samsung Galaxy S5 bersama dengan peranti yang melengkapkanya iaitu Samsung Galaxy Fit & Samsung Galaxy Gear 2.

 

Wow lengkap bukan sahaja eksesory tetapi juga peranti khas untuk memudahkan urusan harian pengguna yang aktif di luar dan juga tidak mahu terganggu dengan saiz yg besar. Kini Samsung Galaxy S5 adalah yg terbaik dan terbagus di keluarkan oleh Samsung dengan menekankan 5 element utama. Dengan ada element ini ia menjadi kekuatan kepada pengguna untuk mendapatkan telephone pintar Samsung Galaxy S5 ini.


Pada majlis pelancaran yg di acarakan oleh pelakon tanah air Jehan Miskin memulakan acara dengan tayangan video tentang kehebatan Samsung Galaxy S5 bersama beberapa elemen baru yg di terapkan di dalamnya. Acara di teruskan dengan ucapan aluan daripada President of Samsung Malaysia Electronics Mr Lee Dong yong.


Di teruskan acara dengan product presentation iaitu memperkenalkan lebih teperinci ciri2 baru yang ada dalam Samsung Galaxy S5. Ianya di sampaikan oleh Senior Manager of Mobile Division Mr Luke Au Kuan Yew. Manakala Mr Go Benn Lee meneruskan pembentangan ciri utama yg ada pada Samsung Galaxy Fit yg baru di lancar pada acara yang sama.



Selepas itu acara di teruskan dengan sidang soal jawab antara pihak Samsung Malaysia dan juga media. Paling di nantikan oleh tetamu yg hadir adalah untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman menggunakan telephone Samsung Galaxy S5 bersama dengan Samsung Galaxy Fit dan Samsung Galaxy Gear 2. Media di beri masa untuk menggunakan dan bergambar bersama telephone baru tersebut. 





Di akhiri dengan acara sabutan bertuah dimana semua tetamu di beri peluang untuk memenangi sendiri telephone Samsung Galaxy S5 dan juga Samsung Galaxy Fit dan Samsung Galaxy Gear 2. Majlis juga turut di meriahkan dengan kehadiran rakan artis selaku jurucakap product Samsung iaitu Liyana Jasmay dan juga Awal Ashaari. Manakala bagi element fit dan aktif yg di terapkan dalam Samsung Galaxy Fit dan Samsung Galaxy Gear 2 di wakili oleh dua org atlit paling berjaya di Malaysia iaitu Dato Lee Chong Wei dan juga Pandalela Renong.



Mesti ramai tak sabar2 nak dapatkan Samsung Galaxy S5 bersama dengan peranti pelengkap dengan ciri2 yg telah di tambah baik seperti kamera belakang 16MP dan kamera depan 2.0MP bersama ciri Selective Focus seperti kamera DSLR. Sambungan terpantas internet juga telah di pertingkatkan dengan ciri Wifi 802.11ac dan (2x2) MIMO. Selain itu juga, ciri utama dalam Samsung Galaxy Fit adalah sensor heart rate iaitu menentukan kadar degupan jantung untuk mereka yg aktif bersukan.



Di datangkan dengan 4 warna iaitu Shimmery White dan Charcoal Black manakala 2 lagi warna adalah untuk edisi akan dtg iaitu Electric Blue dan juga Copper Gold. Ia adalah telephone yang moden dan lebih glam untuk mereka yg mengutamakan gaya dan bentuk yg lebih menarik di bawa kemana-mana sahaja. Ciri keselamatan juga di tambah baik iaitu dimana menggunakan ciri pengimbas jari yg meletakkan  3 jari untuk di scan bagi keselamatan telephone anda. Jadi jgn tunggu lagi dptkan sekarang Samsung Galaxy S5 dan juga Samsung Galaxy Fit dan Samsung Galaxy Gear 2