Burger,

Dapur Mahamahu Masak MahaBurger

Khamis, April 10, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Masak MahaBurger- Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tgk org makan burger teringin nak buat burger pula tu yg kali ni dapur Mahamahu nak buat burger. Tapi bukan burger biasa ni big punya burger yang Mahamahu panggil sebagai MahaBurger. Ini kerana patty burger ini paling besar Mahamahu hasilkan sendiri baru puas hati.


Tapi sebelum tu kena tahu bahan2 yg di perlukan untuk hasilkan burger ni. Kali ni bahan2 byk dan perlu kepada shopping. Mahamahu habiskan tak byk lah sebab nak isi banyak bahan dalam burger ni biar lah gempakkan. Kita punya burger ikut suka lah nak isi apa dalam tu hehehehe. Antara bahan2 yg Mahamahu sediakan sepeti kat bawah ni tak payah salin ambil jer wakakakka.


Daging cincang | Gourmessa | Cheese | Serbuk Lada hitam | Serbuk Basil | Serbuk Rosmerry | Daun Sup | Salad | Timun | Tomato | Bawang Besar | Minyak Zaiton | Sos cili | Mayonis | Garam | Roti Arab



 
 
Kuantiti tu terpulang pada anda berapa banyak nak isi and nak taruk dalam tu. Jgn masin sagt atau jangan bagi keras sangat. So Mahamahu nak sediakan patty iaitu daging burger nak buat besar punya. Pertama daging cincang di campur dengan serbuk Lada Hitam, serbuk Basil, serbuk Rosmerry, daun sup dan juga bawang besar dipotong halus. Gaul semua sehingga sekata dan lepas tu masukkan sikit minyak zaitun untuk kasi lebih lembut sikit dan berminyak.




Maka siap patty and kita bentukkan jadi bulat yg besar, tapi pastikan jgn terlalu tebal kerana nanti ia tak masak dalam pulak. Lepas tu panaskan sedikit minyak zaitun jgn terlalu banyak dan goreng lah patty tu di atas kuali. Sementara tunggu patty masak kita potong bahan2 lain seperti sayur untuk di lapiskan di dalam MahaBurger tu nanti. Potong ikut sukalah mcm mana nak potong janji cantik dan kemas.



Lepas masak patty kedua-dua belah pastikan jgn terlalu garing nanti tak sedaplak. Lepas tu sebelum di angkat lapiskan dengan cheese kat atas patty biar sedikit cair. Lepas tu boleh angkat jgn terlalu cair lak nanti. Lepas tu kita bakar kering roti arab dan juga goreng sedikit Gourmessa. Gourmessa ini adalah daging yg di potong nipis dan agak sedikit masin. Ini sebagai peganti kepada bakon hari tu cari tak jumpa hehehehe.

 

Bila semua dah siap masak dan digoreng tiba masa untuk kita susun atur ingredients burger ini untuk jadi sedap dan cantik seperti sebiji burger yang besar dan enak. Jadi Mahamahu susu untuk lapisan pertama timun, lepas tu tomato, lepas tu mayonis, kemudian baru letak patty, lepas tu daun salad dan juga atas sekali Gourmessa dan atas sekali letak sos cili. Dah siap susun semua tu baru kita letak bun atas sekali baru lah lengkap jadi burger yang besar yg Mahamahu panggil MahaBurger.



Apa lagi masa untuk makan lah hehehehe. Lepas ni kalau kawn nak cuba atau nak buat patty sendiri di galakan kerana kita boleh buat sebesar mana yg kita nak dan sesedap mana yg kita mahu. Mahamahu suka makan burger tau jadi setiap minggu akan buat burger sendiri hehehehe... Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.......