Aktiviti,

Buffet Pakaian Terbesar Di Malaysia Kini Kembali Lagi

Ahad, April 06, 2014 Mahamahu 0 Comments

Buffet Pakaian Terbesar Di Malaysia Kini Kembali Lagi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Selalu Mahamahu tulis buffet mesti pasal makankan, tempat makan yg penuh dengan pilihan makanan dengan hanya satu harga. Tapi kali ni Mahamahu tulis bukan pasal buffet makanan tapi buffet pakaian. Inilah dia Buffet Pakaian Terbesar di Malaysia untuk peminat fesyen remaja sekarang.


Event ini bakal berlangsung selama tiga hari iaitu pada 25 April hingga 27 April 2014 iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bertempat di Syopz Mall, Taylor University Lakeside Campus boleh tgk peta yg di sediakan. Hari minggu yg penuh dengan membeli belah itulah dia Buffet Pakaian Terbesar Di Malaysia menyediakan lebih daripada 50 ribu pakaian untuk anda rebutkan. Buffet pakaian ini adalah satu cara beli belah yg cukup menguntungkan dan lain daripada lain, mcm mana lain mai Mahamahu terangkan pada anda.


Setiap mereka yg mahu menyertai buffet pakaian ini perlu membeli tiket dengan harga RM60 untuk seorang. Nak beli boleh buat pembeli secara online di laman facebook atau boleh beli di laman website mereka iaitu www.malaysiaclothesbuffet.com. Setelah anda mendapatkan tiket untuk masuk anda berpeluang untuk membawa pulang sebanyak mungkin pakaian yg ada dalam event tersebut. Tapi syaratnya adalah anda hanya di berikan satu Beg Ziplock untuk anda muatkan pakaian didalamnya. Jika anda mampu memuatkan sebanyak mungkin pakaian dengan beg yg boleh di zip maka anda boleh bawa pulang semua pakaian itu.


Wow memang best pasti syok gila event ini, tapi ingat anda hanya di beri 15 minit sahaja untuk memilih pakaian dan memuatkan kedalam beg ziplock tu. Kalau pakaian anda tidak muat dan beg anda tidak boleh di zip maka anda tidak boleh bawa balik pakaian yg lebih tersebut. Jadi kepintaran dan juga keretifan anda untuk mendapatkan baju menjadi taruhan pada hari tersebut. Jadi jgn lepaskan peluang untuk dapatkan tiket masuk anda hari ini juga. 

 
Tapi bagi anda yg tidak dapt bawa pulang banyak baju jgn risau anda masih peluang untuk dpat tawaran jualan yg di panggil "Blowout Sale". Ia adalah jualan pakaian serendah RM10 untuk waktu terhad iaitu dari jam 4.00ptg hingga 6.00ptg sahaja sepanjang 3 hari ada tersebut. Wow lagi satu tawaran jualan murah untuk anda yg memang gila shopping. Apa lagi jom dapatkan tiket2 anda untuk masuk ke acara tersebut sepeti maklumat di bawah. Jom shopping.......


Email : isabelleeyj@gmail.com

*Acara tertakluk kepada terma dan syarat yg di tetapkan.






0 Pandangan: