Mahamahu,

Bangkok House Selera Dari Negara Gajah Putih

Selasa, April 29, 2014 Mahamahu 0 Comments

Bangkok House Selera Dari Negara Gajah Putih - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah lama tak buat review makan maklumlah sibuk dengan kerja dan juga urusan harian. Kali ni Mahamahu dapat buat review di Bangkok House. Ini adalah restoran menyediakan hidangan dari negara Thailand, semua pekerja kat restoran ni pun dari negara Thai.

 

Mahamahu pergi Bangkok House restoran ni bukan makan mahal2, semua makan menggunakan kupon. Mana nak dpt kupon ni Mahamahu dpatkan di Groupon. Kalau kawn2 nak dpt kan kupon dari Groupon mcm mana Mahamahu makan boleh klik kat banner bawah ni. Mcm2 promosi makanan yg sedap2 dan restoran yg cukup hebat di Malaysia pada separuh harga. Memang berbaloi nak dapatkan Groupon ni dan pergi makan sekali sekalakan.

Local-Food_300*250

Ok Mahamahu nak cite serba sedikit berkaitan dengan makanan yg ada di Bangkok House ini. Semua hidangan adalah makanan tradisional Thailand termasuk juga minuman. Hari tu Mahamahu sempat order beberapa hidangan yg memang cukup popular dari negara Thailand, seperti Tomyam dan juga kari hijau. Mahamahu pilih Tomyam Seafood di mana dalam Tomyam ni bukan sahaja ada udang, sotong malah ada juga ketam dalam memang terbaik. Rasa asli Tomyam daripada negara Thailand memang sesuai untuk anda dtg makan.

Tomyam Seafood

Hidangan kedua yg Mahamahu pilih ialah Kaeng Khiewan iaitu kalau bahasa kita akan sebut sebagai kari hijau. Dalam kari hijau ni kita boleh pilih untuk ayam atau daging, tapi memang rasa kari hijau ni unik dan sedap dengan santan asli yg di guna pakai. Untuk makanan sayuran pula Mahamahu telah pilih satu lagi hidangan yg unik dan special di Bangkok House ni. Phak Ruam Namprik Kapi iaitu sejenis makanan sayuran yg di celur tepung dan di goreng tangup. Sayuran ni ada lobak merah, terung, kacang panjang dan juga bunga kubis. Memang makanan sihat dan cukup sedap unik sgt sapa datang mesti cuba makanan ini.

Kaeng Khiewan

Phak Ruam Namprik Kapi

Hidangan ketiga pilihan Mahamahu kat Bangkok House ni adalah Ped/Kai Rad Prik iaitu makanan daging, ayam atau itik dengan sos tiga rasa. Hari Mahamahu dtg tu itik dah habis makan Mahamahu pilih daging. Rasa sos 3 rasa tu memang cukup pekat dan masam ada manis ada and masin cukup. 

Ped/Kai Rad Prik

Pagi pencuci mulut pula Mahamahu telah pilih Kaoniew Mamuang atau kat Malaysia ni kita panggil Pulut Mangga lah. Makanan dessert ini adalah paling popular dari negara Thai dan cukup banyak di jual di Malaysia. Mahamahu pun pernah cuba masak pulut mangga sendiri hehehehe. Dessert kedua pilihan Mahamahu adalah Thab Thim Krob (Red Rubby) iaitu sejenis makanan yg di sediakan dengan ais blanded dan juga rasa buah Nangka dan juga santan kelapas. Pelik kan tapi sedap sebenarnya dessert ni tak telalu manis.

Kaoniew Mamuang

Thab Thim Krob (Red Rubby)
Thai Air Mata Kucing dan Thai Lemongrass Juice

Bagi minuman pula Mahamahu telah pilih dua jenis minuman iaitu Thai Air Mata Kucing dan juga Thai Lemongrass Juice. Rasa air mata kucing yg segar dan nyaman dan juga air serai yg sedap melengkapi hidangan Mahamahu pada hari tu di Bangkok House. Kalau korang nak dtg ada 3 cawangan utama di KL ni satu kat Mont Kiara, Kota Damansara dan Petaling Jaya. Nak dpt maklumat lanjut boleh layari laman web mereka www.bangkokhouse.com.my. Selamat menjamu selera daripada Mahamahu....








0 Pandangan: