Aktiviti,

Sesi 'Coffee Pairing' Bersama Pacific Coffee Paradigm Mall

Sabtu, Mac 08, 2014 Mahamahu 0 Comments

Sesi 'Coffee Pairing' Bersama Pacific Coffee - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Posting lepas Mahamahu ada buat pasal pembukaan Pacific Coffee di Sunway Piramid [klik sini]. Kali ini pula Mahamahu dpt jemputan untuk sesi 'Coffee Pairing' yg di adakan di Pacific Coffee tetapi cawangan Paradigm Mall.


Sesi 'Coffee Pairing' ini adalah satu sesi untuk memperkenalkan minuman kopi yg ada di Pacific Coffee dan juga bagaimana anda nikmati rasa kopi asli dengan dessert2 yg bersesuain. Pertama kali acara 'Coffee Pairing' ini di anjurkan di Malaysia dan ia di sampaikan oleh seorang pakar kopi antarabangsa yg dtg daripada Hong Kong, Mr Mike Yung. Berpengalaman lebih daripada 6 tahun dalam dunia kopi beliau menyampaikan cara terbaik untuk nikmati kopi asli.



Mahamahu dan juga beberapa rakan media lain di beri peluang untuk menikmati kopi rasa asli tanpa bahan pemanis lain bersama beberapa dessert yg sesuai mengikut rasa. Kat sini ada tiga jenis kopi yg menjadi pilihan utama di Pacific Coffee untuk anda nikmati, Kopi Sumatra, Kopi Costa Rica dan juga Kopi Ethiopian Mocha. Nak tahu mcm mana rasa kopi ni dan dessert apa yg sesuai di padankan dengan rasanya Mahamahu detailkan sikit kat bawah ini untuk anda.

Kopi Sumatra + Tiramisu


Kopi yg berasal dari kepulauan Sumatra Indonesia ini adalah kopi yang boleh di dapati di kawasan tanah tinggi dan juga persekitaran Tasik Toba. Ia adalah hasil daripada kopi yg cukup kuat aromanya dengan herba dan warna yg ada dalam setiap titisan kopi itu sendiri. Bagi Mahamahu rasa kopi ini cukup pekat dan likat jika di minum begitu sahaja. 

 
Gabungan paling sesuai untuk kopi ini jika di nikmati adalah dengan Tiramisu. Perisa yg halus tiramisu dan juga kacang walnuts menjadikan kopi ini lebih terselah. Mahamahu makan pun rasa nikmat yg melengkapi minum petang bersama kopi anda.

Kopi Costa Rica + American Baked Cheesecake 

 
Costa Rica terkenal dengan landskap yang indah tropika dan kopi halus. Penuh dengan ciri pedas, ditambah pula dengan sirap maple dan herba, kopi ini mempamerkan rasa manis biasa dan kaya dengan campuran citarasa. Mahamahu minum kopi ini agar kelat dan pekat tapi masih mampu di minum tanpa sebarang tambahan manisan dalamnya.


Padangan paling sesuai untuk minum kopi ini adalah American Baked Cheesecake. Ini akan membawa keluar rasa yg segar daripada kopi itu sendiri dan juga cake itu sendiri. Mahamahu bila makan cake ini dan di selangi dengan minum kopi pekat ini rasa seperti berada di negara luar dan memang cukup hebat.

Kopi Ethiopian Mocha + Blueberry Cheesecake


Mocha Ethiopia kaya dengan rasa kulit, kayu, bumi dan buah berry. Ia adalah kopi yang kering yang diproses, tidak seperti yang lain. Pemprosesan kopi cenderung untuk menghasilkan rasa kopi yg berat dengan keasidan sangat rendah. Kopi ini lebih relax kalau di minum dengan rasa asli tanpa pemanis lain.


Hidangan paling sesuai untuk kopi ini adalah Blueberry Cheesecake yg menhasilkan wangian buah yg unik dan rasa cheesecake padan dengan minuman kopi ini. Jika anda tambah sedikit crim atau susu menjadikan kopi ini lebih memenuhi keinginan untuk minum petang. 

 

Sesi ini sebenar nya memberi peluang kepada peminat kopi sendiri menikmati rasa kopi secara lebih dalam dengan hidangan yg sepatutnya agar mereka temui citarasa kopi sebenar. Kat Malaysia kini makin ramai peminat kopi dan tidak kurang juga banyaknya kedai atau gerai menyediakan minuman kopi. Tapi bezanya dengan Pacific Coffee ini adalah mereka mengutamakan rasa kopi asli dengan minat daripada pembeli sendiri untuk menikmati kopi mereka dengan cara yg terbaik. So selamat menjamu kopi pada semua penggemar kopi di Malaysia. Layari www.pacificcoffee.com untuk maklumat lanjut...